Migraine
Migraine adalah sejenis penyakit yang akan menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala. Ianya lebih umum dikenali sebagai sakit kepala yang akan menyerang sebahagian daripada kepala pesakit sahaja. Namun begitu, ada juga sesetengah pesakit, yang akan mengalami sakit kepala di seluruh bahagian kepala mereka. Lebih kurang 1 daripada 4 orang wanita dan 1 daripada 12 orang lelaki berkemungkinan diserang migraine. Kadar serangan migraine pada setiap pesakit adalah berbeza-beza. Ada pesakit yang kerap diserang migraine, manakala ada juga diantara mereka yang mungkin diserang migraine hanya beberapa kali sahaja seminggu. Sakit kepala migranie biasanya akan menyebabkan seseorang itu merasa berdenyut-denyut di sebahagian kepalanya.
Antara gejala-gejala umum bagi migraine adalah :
- Loya
- Muntah
- Sensitif terhadap cahaya terang
- Sensitif terhadap bunyi bising
- Penglihatan kurang jelas
Tips buat yang menghidapi sakit kepala (Migraine)
- Sekiranya kita mengalami sakit kepala di bahagian depan – Ubatnya adalah kita perlu tidur seketika bagi memulihkan sakit kepala yang berpanjangan.
- Sekiranya kita mengalami sakit kepala di bahagian atas kepala – Ubatnya adalah makan atau minum air kosong
- Sekiranya kita mengalami sakit kepala di bahagian belakang kepala – Tandanya ialah kita stress, jadi ubatnya adalah kita perlu “release stress” atau melakukan aktiviti yang membolehkan kita untuk bertenang
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat migraine di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/MigrainesHeadachesTreatmentCure.html