Multiple Myeloma

oie_9gjuv5ilsbcb

Apa khabar semua? Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai ‘multiple myeloma’. Multiple myeloma merupakan sejenis kanser yang menyerang sel plasma pada tulang sumsum penderita. Ia akan mempengaruhi penghasilan protein sel plasma sehingga dihasilkan secara berlebihan.

Antara fungsi bagi protein sel plasma dalam sumsum tulang adalah bagi membantu tubuh badan melawan sebarang jangkitan. Apabila sel plasma dihasilkan secara berlebihan, sel-sel tersebut akan bergerak keluar dari sumsum tulang kepada bahagian lain tubuh badan.

 

Gejala-Gejala Multiple Myeloma

Gejala bagi multiple myeloma kebiasaannya tidak dapat disedari oleh pesakit sehinggalah ia telah berada pada tahap yang teruk. Jadi tcm nak kongsikan beberapa gejala umum yang berpotensi dialami oleh pesakit multiple myeloma. Antaranya ialah :

  • Merasa sakit pada bahagian tulang terutamanya pada dada atau tulang belakang
  • Hilang selera makan
  • Mudah diserang sebarang jangkitan
  • Sering mual-mual
  • Merasa kebas-kebas pada bahagian kaki
  • Mengalami kelelahan dan penurunan berat badan
  • Sering terasa dahaga

 

Faktor Penyebab Multiple Myeloma

Penyebab bagi penyakit multiple myeloma masih lagi belum dapat dikenalpasti. Melalui kajian yang dijalankan, ia menunjukkan pertumbuhan sel myeloma normal akan menghasilkan antibodi normal yang memberi kebaikan buat tubuh badan. Manakala pertumbuhan sel myeloma tidak normal pula mndatangkan kesan yang sebaliknya.

 

Faktor Pendorong Multiple Myeloma

Terdapat beberapa faktor yang dapat mendorong seseorang itu terkena multiple myeloma. Antaranya adalah seperti :

  • Penyakit – Individu yang menghidapi MGUS (monoclonal gammopathy of undetermined significance) lebih berisiko tinggi berbanding orang lain.
  • Sejarah Keluarga – Seseorang yang mempunyai ahli keluarga dengan multiple myeloma lebih berisiko berbanding mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga dengan penyakit ini.
  • Jantina : Penyakit multiple myeloma lebih berisiko tinggi untuk terjadi kepada lelaki daripada perempuan.
  • Jenis Etnik – Multiple myeloma lebih sering terjadi pada etnik berkulit gelap berbanding etnik kulit putih atau asia.
  • Usia – Risiko seseorang itu untuk mendapat penyakit ini semakin meningkat seiring dengan usia mereka.

 

Tiga Fasa Multiple Myeloma

Fasa 1 – Sel kanser mula tersebar di dalam tubuh badan dalam jumlah yang kecil. Pesakit mungkin menunjukkan gejala bersifat kecil atau langsung tiada.

Fasa 2 – Sel kanser tersebar ke dalam tubuh badan dalam jumlah pertengahan.

Fasa 3 – Sel kanser telah tersebar dalam jumlah yang besar dan pesakit kemungkinan mula mengalami anemia dan tiga atau lebih kanser tulang.

 

Kesan Buruk Multiple Myeloma

Multiple myeloma dapat mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada seseorang itu. Antaranya adalah seperti mengalami penurunan fungsi pada organ ginjal. Hal ini kerana, penyakit ini menyebabkan berlakunya peningkatan kadar kalsium di dalam darah seseorang itu. Selain itu, kadar kalsium yang tinggi juga dikenalpasti mempunyai kaitan dengna proses pengikisan tulang.

Multiple myeloma juga mampu membuatkan pesakitnya lebih terdedah kepada sebarang jangkitan. Disamping itu, pesakit multiple myeloma sering ditemui menghidapi penyakit anemia atau penyakit lain yang berkaitan dengan darah.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=apa+itu+Multiple+Myeloma

https://www.docdoc.com/id/info/condition/multiple-myeloma

http://www.alodokter.com/multiple-myeloma

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *