Nephrotic Syndrome
Apa itu Nephrotic Syndrome (NS)? NS adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Bagi buah pinggang yang normal, akan terdapat sejenis penapis halus yang dipanggil glomeruli. Ianya berfungsi untuk menghalang albumin, iaitu sejenis protein, daripada keluar melalui air kencing. Bagi mereka yang menghidapi NS ini, penapis halus mereka iaitu glomeruli itu telah pun rosak atau berlaku kebocoran padanya. Yang mana, hal ini akan membuatkan lebih dari 3 gram protein akan keluar dari tubuh penghidap NS dalam tempoh 24 jam setiap hari.
Kejadian ini dikenal pasti sebagai proteinuria. Hal ini seterusnya akan menyebabkan penderita NS kehilangan banyak kandungan protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Apabila terjadinya pengeluaran kandungan protein yang banyak dari tubuh badan (proteinuria), ia seterusnya akan menyebabkan badan kekurangan sumber protein dalam darah dan akan menyebabkan air keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan.
Ini akan menyebabkan berlakunya pembengkakan pada muka, badan dan kaki yang disebut sebagai Edema atau bengkak air. Seterusnya, apabila protein di dalam tubuh badan menjadi semakin berkurang, hati akan bertindak mengeluarkan protein bagi mengimbangi jumlah protein yang hilang dari tubuh badan. Akan tetapi, ia juga akan mengeluarkan lemak sebagai tindak balas dari kekurangan protein. Kesannya, akan berlakulah Hyperlipidemia atau lemak berlebihan di dalam darah.
Apa yang menyebabkan NS
NS lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kepada kerosakan glomeruli bagi pesakit NS kebanyakannya masih tidak dapat diketahui. Walaupun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa ianya disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti sifilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti kencing manis.
Antara gejala penyakit NS
- Perut menjadi kembung
- Kaki akan bengkak pada waktu petang kerana berdiri
- Badan menjadi lemah serta berasa tidak bermaya
- Cirit-birit
- Mata serta muka menjadi bengkak pada waktu pagi ketika bangun dari tidur
- Tekanan darah tinggi
- Kuantiti penghasilan air kencing berkurang
- Kencing berbuih serta berbau busuk
Antara komplikasi penyakit NS
- Antibodi badan menjadi lemah serta seterusnya menyebabkan penghidapnya mudah mendapat jangkitan kuman serta boleh membawa maut.
- Darah akan bertukar menjadi pekat disebabkan air keluar masuk ke dalam tisu badan berhampiran. Ini akan menyebabkan berlakunya penyakit di dalam salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis).
- Air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan akan menjadi tempat pembiakan kuman. Hal ini seterusnya menyebabkan jangkitan paru-paru dll.
- Penyakit ini juga mampu menyebabkan tumbesaran terbantut sekiranya ia berlaku pada kanak-kanak dan seterusnya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam wad untuk dirawat sehingga sembuh.
- Mengalami cirit-birit dan kebiasaannya disebabkan oleh bengkak pada dinding usus. Ini juga mungkin adalah tanda radang peritoneum sekiranya disertai pula dengan demam.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html