Panau
Salam selasa buat semua. Semoga hari anda hari ini secerah cahaya pagi dan seindah cahaya pelangi. 😉 Ok, ada tak kat sini yang tak kenal dengan “Panau”? 🙂 Tcm rasa, pasti semua mengenali apa itu yang disebut panau kan. Bagi mereka yang masih lagi belum berkenalan dengan penyakit ini, jom baca sini. Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit yang disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak).
Contoh kawasan yang terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) adalah seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan juga kulit kepala. Panau dapat terjadi pada setiap orang tidak mengira jantina dan peringkat umur. Akan tetapi, golongan yang lebih kerap mengalami panau adalah daripada kalangan remaja dan belia. Selain itu, individu yang kekurangan zat makanan serta mereka yang mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppressant juga berisisko tinggi mendapat panau.
Ciri-ciri yang terdapat pada penyakit panau ini ialah tompokan pada kulit disertai pula dengan gatal-gatal ketika seseorang itu berpeluh. Tompokan ini biasanya berwarna putih, coklat atau merah. Ianya bergantung kepada warna kulit seseorang itu. Berbeza dengan jerawat, panau tidak menonjol di kulit seperti jerawat. Akan tetapi hanya kelihatan tompokan pada kulit seseorang itu serta tidak menonjol pada kulit dan membuatkan penderitanya merasa gatal apabila berpeluh.
Punca2 Berlakunya Panau :
- Sering memakai pakaian yang masih belum kering
- Memakai pakaian basah dalam keadaan yang tidak berangin dan juga tiada cahaya matahari dan terus lembab dalam tempoh yang lama
- Suka tidur di merata tempat (Tempat tidur tidak bersih)
- Sering tidak mandi pada waktu pagi
- Pakai baju dan seluar yang tidak dibasuh
- Tempat tinggal yang tidak dijaga kebersihannya (tidak sapu atau mop)
- Suka membasuh atau mencuci muka ketika muka berpeluh kerana panas
Petua2 Hilangkan Panau :
- Bawang putih – Ambil seulas bawang putih dan potong dua bahagian. Seterusnya, sapukan bawang putih tersebut di bahagian yang mengalami panau setiap kali selepas mandi. Lakukan setiap hari sehingga panau tersebut hilang.
- Cuka epal – Sapukan cuka epal di kawasan yang terdapat panau. Setelah itu, dibiarkan selama 20-30 minit. Kemudian, bilas dengan air. Seeloknya diamalkan setiap malam.
- Lengkuas – Potong lengkuas dan buang kulitnya. Cuci sehingga bersih. Kemudian sapu dibahagian kulit dengan perlahan-lahan dan dibiarkan selama beberapa minit sebelum dibilas dengan menggunakan air bersih. Lakukan setiap hari, kesannya akan dapat dilihat dalam tempoh 1-2 minggu.
- Lidah buaya – Lendir lidah buaya memang sangat terkenal dengan khasiat penyembuhan untuk kulit termasuk ruam. Potong lidah buaya dan selepas itu sapukan lendir tersebut di bahagian yang mengalami panau. Barkan selama 10-15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Lakukan dengan kerap bagi mendapatkan hasil yang lebih cepat.
Bagi mencegah panau daripada terjadi, pastikan anda melakukan langkah-langkah pencegahan dengan tidak melakukan sebarang perkara yang dapat menjadi punca kepada terjadinya panau. Antaranya ialah :
- Elakkan daripada memakai pakaian yang masih belum kering
- Sentiasa memastikan tempat tidur bersih daripada segala kekotoran
- Sentiasa mandi di waktu pagi bagi membersihkan diri daripada peluh sewaktu tidur
- Elakkan daripada memakai baju atau seluar yang belum dibasuh
- Sentiasa menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal
- Elakkan daripada terus membasuh muka ketika muka masih berpeluh.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html