Penyakit Aichmophobia

oie_rt7zZdr5Dn9I

Salam jumaat semua, ha ada yang cuti ke semalam? Cuti tu cuti jugak, jangan sampai abaikan kesihatan ye. Ok, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai aichmophobia. Yup, penyakit ini merupakan salah satu masalah kesihatan yang melibatkan perasaan takut kepada sesuatu secara berlebihan atau lebih sering dikenali dengan istilah fobia (phobia).

Perasaan takut adalah emosi yang  muncul ketika seseorang itu menghadapi situasi yang berbahaya. Tidak kira sama ada secara fizikal ataupun mental. Perasaan ini adalah sebagai peringatan pada diri kita bagi membantu kita mengelakkan diri dari bahaya tersebut ataupun mengatasinya.

 

Maksud Aichmophobia

Aichmophobia bermaksud suatu keadaan di mana pesakit mengalami perasaan takut secara berlebihan terhadap benda-benda tajam seperti jarum, paku, pisau dan lain-lain benda tajam. Perkataan aichmophobia berasal daripada perkataan yunani aichmo yang bermaksud lembing dan phobos yang bermaksud takut.

 

Gejala-Gejala Aichmophobia

Antara gejala-gejala yang dapat dialami oleh pesakit ini adalah seperti :-

  • Jantung berdegup kencang
  • Sesak nafas
  • Pening
  • Mual-mual
  • Berpeluh dengan banyak
  • Menggeletar
  • Tapak tangan berpeluh
  • Percakapan gagap

 

Penyebab Aichmophobia

Benda-benda tajam tersebut akan lebih menakutkan pesakit apabila ia berada di dalam kedudukan yang digantung, tegak atau berada pada kedudukan yang dihalakan pada pesakit atau berdekatan mereka. Fobia ini dapat terjadi disebabkan oleh gabungan peristiwa atau kejadian buruk yang melibatkan benda tajam, keadaan biologi dan genetik pesakit dan suasana persekitaran pesakit itu sendiri.

 

Rawatan Aichmophobia

Rawatan bagi mengatasi penyakit ini salah satunya adalah dengan menjalani terapi. Pertama sekali doktor akan mengenalpasti terlebih dahulu tahap keparahan aichmophobia yang dialami oleh seseorang itu. Antara terapi yang biasanya disarankan oleh doktor adalah seperti kaunseling dan hipnosis. Selain itu, ubat-ubatan juga mungkin dapat membantu pesakit di dalam menghadapi ketakutan yang dialami mereka.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=apa+itu+aichmo+phobia

https://id.wikipedia.org/wiki/Aichmofobia

http://doktersehat.com/aichmo-phobia-takut-pada-benda-benda-tajam/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *