Penyakit Akalasia

oie_wKleVklxtQnV

Salam rabu semua, terima kasih kerana sudi baca perkongsian tcm. Artikel yang akan dikongsikan hari ini adalah mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit akalasia (achalasia). Akalasia adalah sejenis gangguan yang dialami pada kerongkong (esofagus) dan membuatkan makanan sukar untuk digerakkan daripada mulut ke perut.

Penyakit ini sejenis penyakit yang jarang berlaku, namun ia dapat diwarisi. Selain itu, penyakit ini juga dapat menyerang sebarang peringkat umur. Akan tetapi, kebanyakan pesakit adalah mereka yang berusia umur pertengahan hingga ke tua atau mempunyai masalah autoimun.

 

Gejala-Gejala Akalasia

  • Sakit pada bahagian dada
  • Sakit pada ulu hati
  • Muntah
  • Disfagia (Sakit ketika menelan makanan)
  • Berat badan yang turun tanpa sebab
  • Batuk
  • Bunyi suara ketika bernafas

 

Penyebab Akalasia

Akalasia merupakan kesan daripada kerosakan saraf pada kerongkong. Pada keadaan normal, lower esophageal sphincter (LES) akan mengendur supaya makanan dapat masuk ke perut. Akan tetapi, bagi mereka yang menderita akalasia, LES tidak dapat mengendur dengan betul. Perkara ini membuatkan makanan terkumpul kembali pada bahagian bawah dari kerongkong atau lebih sering makanan akan naik kembali.

LES adalah lingkaran otot pada bahagian bawah dari kerongkong yang terbuka secara automatik ketika makanan atau minuman turun ke perut. Dan kemudian tertutup dengan sendirinya bagi mencegah asid dan makanan di dalam perut daripada naik kembali ke kerongkong. Selain itu, akalasia juga dapat disebabkan oleh sejenis penyakit autoimun (sistem imun yang menyerang organ tubuh badan sendiri).

 

Kesan Akalasia

  • Regurgitasi (Asid perut dan makanan yang naik semula ke kerongkong)
  • Pneumonia (Kesan daripada makanan yang masuk ke dalam paru-paru)
  • Perforasi esofagus (Dinding kerongkong yang terkoyak)
  • Kanser esofagus (Kerongkong yang tersumbat oleh makanan dalam jumlah yang banyak dan tidak dapat masuk ke dalam perut)

 

Tips Mengatasi Akalasia

  1. Makan dan kunyah dengan perlahan
  2. Tetapkan jadual untuk dapatkan pemeriksaan doktor
  3. Makan ubat dan ikut nasihat yang diberikan doktor
  4. Sekiranya anda mengalami disfagia, segera berjumpa dengan doktor

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://hellosehat.com/penyakit/akalasia/

http://greenworldtradisional.web.id/penyebab-penyakit-akalasia/

http://www.alodokter.com/akalasia

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *