Penyakit Albino

oie_faGxCzM3EDoy

Apa khabar semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai albino. Albino adalah suatu keadaan dimana penderitanya mengalami penghasilan melanin yang sedikit atau tidak memiliki pigmen tersebut sama sekali. Disebabkan keadaan ini, penderita albino akan memiliki warna rambut, kulit dan mata yang berwarna sangat pucat atau kebiasaannya berwarna putih.

Buat mereka yang tidak tahu, melanin adalah suatu pigmen yang memberi warna pada kulit, rambut dan juga mata. Selain daripada memberi warna pada rambut, kulit dan mata, melanin juga bertindak melindungi kulit daripada sinaran matahari. Oleh kerana pesakit albino kekurangan melanin, mereka sangat sensitif terhadap sinaran matahari hingga berisiko mengalami kanser kulit.

 

Gejala-Gejala Albino

1. Rambut

  • Berwarna putih atau coklat dan dapat menjadi semakin gelap ketika meningkat dewasa

2. Kulit

  • Kulit tidak sama seperti ibu bapa atau adik beradik lain
  • Bintik-bintik
  • Tahi lalat tanpa pigmen (berwarna merah muda)
  • Titik-titik besar seperti bintik-bintik (lentigo)
  • Kulit tidak dapat menjadi semakin gelap

3. Penglihatan

  • Pergerakan mata yang cepat (nystagmus)
  • Kedua-dua mata tidak dapat pandang pada satu titik yang sama atau bergerak dengan sama (strabismus/juling)
  • Sensitif terhadap cahaya (photophobia)
  • Lengkungan pada sisi depan mata atau lensa di dalam mata yang tidak normal (astigmatism) yang menyebabkan pandangan kabur

4. Warna Mata

  • Mata yang berwarna cerah iaitu dari biru yang sangat muda hingga coklat
  • Warna mata juga dapat berubah seiring dengan peredaran waktu

 

Penyebab Albino

Penyebab kepada terjadinya albino adalah disebabkan oleh adanya perubahan atau mutasi pada salah satu gen yang bertugas di dalam penghasilan melanin oleh sel-sel melanosit yang terdapat di dalam mata dan kulit. Oleh kerana perubahan gen ini, penghasilan melanin menjadi terganggu. Perubahan terhadap gen ini akan diturunkan dengan pelbagai pola.

Selain itu, penyebab kepada albino turut bergantung kepada jenis albino itu sendiri. Jenis-jenis albino dapat dibezakan melalui gejala-gejala yang ditunjukkan pesakit.

 

Jenis-Jenis Albino

1. Albino Okular

Albino jenis ini memberi kesan pada mata dan penglihatan penderitanya. Akan tetapi ia tidak menyebabkan sebarang perubahan warna pada kulit atau rambut. Albino okular disebabkan oleh mutasi gen pada kromosom X dan sering terjadi pada lelaki.

2. Albino Okulokutaneus

Albino jenis ini merupakan albino yang lebih umum dan sering terjadi. Ia dapat memberi kesan pada perubahan warna rambut, kulit, mata dan penglihatan. Ia dapat disebabkan oleh kurangnya enzim tyrosinase, gen OCA 2, gen TYRP dan protein SLC45A2.

 

Tips Mengatasi Albino

  • Elakkan daripada kulit terdedah secara langsung dengan sinaran matahari
  • Menggunakan cermin mata hitam bagi melindungi mata dari sinaran UV
  • Menggunakan pakaian pelindung kulit dari sinaran UV
  • Menggunakan krim pelindung matahari dengan minimum SPF 30
  • Membantu mengatasi masalah penglihatan dengan menggunakan cermin mata yang bersesuaian
  • Memperbaiki pergerakan mata yang tidak normal melalui pembedahan

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=penyakit+albino

https://hellosehat.com/penyakit/albinisme-albino/

http://www.alodokter.com/albinisme

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *