Penyakit ALS
Salam selasa semua. Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Penyakit ALS”. ALS atau juga dikenali sebagai “Amyotrophic Lateral Sclerosis” adalah sejenis penyakit yang tergolong di dalam penyakit saraf motor atau Motor Neuron Disease (MND). Fungsi sel saraf motor adalah sebagai penggerak dan pengendali pergerakan otot pada seluruh tubuh badan kita.
Penyakit ALS membuatkan penderitanya mengalami kerosakan sel saraf atau penurunan fungsi (degenaratif) pada sel saraf motor yang dapat berkembang dengan cepat sekali.
Gejala Penyakit ALS
- Tangan menjadi lemah atau kaku
- Sukar untuk menjaga postur tubuh yang betul
- Sukar berjalan atau sering tersadung hingga mengganggu aktiviti harian
- Percakapan yang tidak jelas serta sukar untuk menelan sesuatu
- Bahagian kaki terutamanya pergelangan kaki menjadi lemah
- Sering kekejangan pada otot lengan, bahu dan lidah
Penyebab Penyakit ALS
Penyakit ALS terjadi apabila sel-sel saraf motor seseorang itu mengalami penurunan fungsi secara bertahap atau pun mengalami sebarang kerosakan sehingga menyebabkan otot-otot mereka menjadi semakin lemah. Walaupun begitu, penyebab utama yang menyebabkan penurunan atau kerosakan sel saraf motor masih lagi belum dapat dikenal pasti.
Akan tetapi, menurut hasil kajian yang telah dijalankan, berikut disenaraikan beberapa faktor yang dapat menjadi penyebab kepada penyakit ini. Antaranya ialah :
- Ketidakseimbangan kandungan zat kimia di dalam tubuh : Penderita ALS memiliki kandungan glutamat yang melebihi paras normal. Kesan daripada glutamat yang berlebihan, ianya dapat meracuni sel-sel saraf seseorang itu.
- Tindak balas sistem imun yang tidak normal : Pada sesetengah kes, sistem imun seseorang itu sendiri berpotensi untuk menyerang sel normal tubuh badannya sehingga menyebabkan kematian sel-sel saraf.
- Mutasi genetik : Terdapat pelbagai mutasi genetik yang dapat membuatkan penyakit ALS menjadi penyakit keturunan yang seterusnya memiliki persamaan dengan penyakit ALS yang bukan diturunkan.
Faktor Pendorong Penyakit ALS
Antara faktor-faktor pendorong kepada penyakit ALS adalah seperti pertama, melalui keturunan. Terdapat sekitar lima hingga sepuluh peratus pesakit ALS mendapat penyakit tersebut melalui keluarga mereka sendiri. Anak-anak yang mempunyai ibu bapa dengan penyakit ini mempunyai 50% kemungkinan untuk turut menghidapinya.
Faktor kedua pula ialah melibatkan usia seseorang itu. Penyakit ALS sering ditemui pada mereka yang berusia 40-60 tahun. Faktor yang ketiga adalah melibatkan jenis jantina. Pada usia 65 tahun ke bawah, penyakit ini lebih sering ditemui pada lelaki. Akan tetapi, perbezaan jantina ini akan menghilang setelah berusia 70 tahun dan ke atas.
Tips Mengatasi Penyakit ALS
- Terapi fizikal seperti melakukan latihan dengan intensiti yang rendah atau melakukan senaman regangan ringan di dalam mencegah penurunan fungsi otot yang dapat terjadi apabila seseorang itu duduk atau berbaring di dalam jangka masa lama.
- Mengamalkan pola pemakanan yang sihat serta tinggi kalori
- Berhenti serta elakkan daripada merokok. Ini kerana, individu yang merokok mempunyai risiko dua kali ganda lebih tinggi menghidapi penyakit ini berbanding mereka yang tidak merokok.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
http://www.sehatfresh.com/penyakit-als/
https://www.docdoc.com/id/info/condition/als