Penyakit Babesiosis

oie_NRdqUG52fpIu

Salam rabu semua, tajuk artikel yang akan dikongsikan pada hari ini adalah mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai babesiosis. Babesiosis adalah suatu keadaan di mana pesakit mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kutu. Kutu biasanya membawa organisme mikrosopis yang bernama babesia. Antara nama lain bagi penyakit ini adalah seperti mexican fever, bloody murrain, red water, plenic fever dan lain-lain.

Kes jangkitan babesiosis biasanya terjadi pada haiwan. Akan tetapi, ia turut dapat menjangkiti manusia. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berwaspada akan penyakit ini. Antara haiwan peliharaan yang dapat menjadi tempat tinggal bagi parasit babesia ini seperti kuda, kambing biri-biri, lembu, anjing dan juga kucing.

 

Gejala-Gejala Babesiosis

Antara gejala umum yang dapat dialami adalah seperti :-

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Merasa lemah dan tidak bermaya
  • Sakit sendi
  • Banyak berpeluh

Apabila keadaan pesakit menjadi semakin serius, terdapat beberapa gejala yang dapat terjadi. Antaranya :-

  • Kulit berwarna kuning (jaundis)
  • Muncul ruam
  • Urin berwarna gelap
  • Mengalami pembesaran hati dan limfa

 

Medium Penyebaran Babesiosis

Seperti yang tcm nyatakan di atas. Parasit babesia ini dapat tinggal pada haiwan peliharaan kita. Antara medium penyebaran penyakit babesiosis ini adalah seperti gigitan kutu pada manusia oleh kutu yang telah dijangkiti babesiosis, melalui pemindahan darah dan bayi yang dijangkiti oleh ibu ketika di dalam kandungan (namun sangat jarang terjadi).

 

Faktor Penyebab Babesiosis

Penyebab kepada penyakit ini adalah disebabkan oleh sejenis parasit yang sangat kecil bernama babesia microti. Kutu yang bernama Ixodes Scapularis merupakan kutu yang biasanya membawa parasit tersebut. Oleh kerana saiznya yang sangat kecil, anda mungkin tidak dapat merasa kesan gigitan kutu tersebut. Selain itu, pesakit juga dapat dijangkiti melalui pemindahan darah yang mengandungi parasit tersebut.

Jangkitan babesia microti dan borrelia burgdorferi (bakteria yang menyebabkan penyakit lyme) juga dapat terjadi kerana kutu biasanya membawa kedua-dua parasit tersebut.

 

Langkah Pencegahan Babesiosis

Langkah bagi mencegah penyakit ini adalah dengan mengelakkan daripada terkena gigitan kutu yang dijangkiti bakteria babesia. Sekiranya anda melakukan pemindahan darah, cek dengan sebaiknya darah penderma agar tiada bakteria atau penyakit. Manakala bagi haiwan peliharaan anda pula, anda dapat mencegah babesiosis dengan melakukan vaksinasi.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=penyakit+babesiosis

https://hellosehat.com/penyakit/babesiosis/

http://www.gejalapenyakit.xyz/gejala-penyakit-babesiosis/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *