Penyakit Barrett Esofagus
Salam sabtu semua, artikel yang ingin tcm kongsikan bersama anda semua hari ini adalah berkenaan dengan sejenis masalah kesihatan yang dikenali sebagai barrett esofagus. Barret esofagus merupakan komplikasi serius yang dapat dialami oleh mereka yang menderita masalah penyakit refluks gastroesofagus atau singkatannya GERD.
Sebelum kita pergi lebih dalam, jom kita kenali dulu apa itu esofagus. Esofagus merupakan saluran yang menghubungkan tekak dan juga perut. Kedudukannya terletak di bahagian belakang saluran udara dan dibelakang tulang belakang.
Kenali Barrett Esofagus
Ia merupakan suatu keadaan kesihatan di mana sel yang melapisi tekak rosak akibat daripada asid perut. Lapisan tersebut seterusnya akan menjadi tidak normal dan berubah menjadi sel yang melapisi perut. Sel yang bernama squamous merupakan sel yang biasanya melapisi bahagian tekak. Akan tetapi, disebabkan oleh keadaan ini, sel-sel tersebut berubah menjadi jenis yang lain. Sekitar 5%-10% individu yang mengalami penyakit ini akhirnya menderita kanser tekak.
Gejala-Gejala Barrett Esofagus
Kebiasaannya, gejala yang ditunjukkan seakan sama seperti mereka yang menghidapi masalah gastrik atau ketidakmampuan pencernaan asid. Sakit perut yang dialami pesakit biasanya terjadi pada waktu malam hari sehingga dapat mengejutkan pesakit dari tidur. Antara gejala-gejala lain seperti :
- Sakit dada
- Sukar untuk menelan
- Makanan tersedak atau muntah
- Sukar bernafas
- Tekak terasa kering
- Suara menjadi serak
Faktor Penyebab Barrett Esofagus
Penyebab kepada penyakit barrett esofagus masih belum dapat dikenalpasti dengan tepat. Akan tetapi, ramai berpendapat yang ianya bermula daripada gangguan asid reflux. Ini adalah kerana 10%-15% individu yang menghidapi asid reflux dikenalpasti mengalami masalah barrett esofagus. Walaupun begitu, penyakit ini tidak dapat diwariskan serta tidak berjangkit.
Faktor Pendorong Barrett Esofagus
Antara faktor-faktor yang dapat meningkatkan risiko seseorang itu mengalami masalah ini adalah seperti :
- Mengalami sakit perut yang kronik dan asid reflux
- Lelaki lebih berisiko tinggi
- Mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti
- Mereka yang suka merokok
- Mereka yang telah lanjut usia
Tips Mengatasi Barrett Esofagus
Pesakit yang menghidapi masalah barrett esofagus hendaklah segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di klinik atau hospital. Selain itu, antara tips yang dapat pesakit lakukan di rumah adalah dengan mengubah cara hidup mereka. Contohnya seperti mengelakkan dari makan beberapa jenis makanan dan minuman yang tertentu.
Antara makanan dan minuman tersebut ialah seperti makanan bergoreng, lemak, coklat, pudina, kopi, sos tomato, minuman berkarbonat, cuka, buah-buahan sitrus atau jus, sos tomato dan mustard. Selain membantu mengatasi masalah barrett esofagus, tips ini juga mampu mengurangkan gejala-gejala GERD yang dialami pesakit.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=barret+esofagus+adalah
https://www.docdoc.com/id/info/condition/barrett-s-esophagus
https://hellosehat.com/penyakit/barrett-esophagus/