Penyakit Batu Karang

Hye.. 🙂

Semalam saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada kawan saya yang menyatakan beliau menghidap penyakit batu karang.. urmm sungguh tidak disangka sebelum nie jika lihat beliau memang seorang yang aktiv dan sihat-sihat jer.. betolla orang cakap bila penyakit nak datang tidak kira waktu, masa dan tempat… yedakk?? Ketentuan dia dah macam tue kita berharap jelaa semoga beliau cepat sembuh… kita yang sihat nie sentiasalah menjaga kesihatan selalu,amalkan pemakanan yang sihat, sering melakukan senaman dan sebagainya…

Okeylaa sukanya saya nak berkongsi dengan kawan semua tentang penyakit batu karang nie.. untuk pengetahuan kengkawan semua penyakit batu karang ini terdiri daripada dua jenis… iaitu BATU KARANG DALAM GINJAL  dan BATU KARANG DALAM HEMPEDU

Batu karang dalam ginjal (buah pinggang)

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan “Buah Pinggang” terjadi daripada  tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine danmagnesiam pospat ammonia.

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.

 

Batu karang dalam hempedu

Batui karang dalam hempedu yang juga dikenali sebagai CHOLETITHIASIS punca utama terjadinya adalah disebabkan amalan pemakanan kita yang tidak seimbang. Selain itu, faktor diabetes, masalah thyroid(hypothyroidism) dan jangkitan parasit juga menjadi penyebab penyakit ini.

 

Okey la kengkawan nanti ada masa lagi saya akan berikan info tentang apakah tanda-tandanya dan kesan utama kepada pesakit yang menghidap batu karang nie… semoga info ini bermanfaat untuk kita semua…  sekiann… 🙂

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *