Penyakit Batu Karang Hempedu

oie_9qRb4DabSC61

Terima kasih semua kerana sudi membaca artikel-artikel yang dikongsikan oleh tcm. Pada artikel kita hari ini, tcm nak kongsikan pula mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai batu karang hempedu. Apabila disebut batu karang, ramai diantara kita yang tahu batu karang biasanya terjadi pada pundi kencing seseorang yang suka menahan air kencing mereka.

Akan tetapi, tahu tak anda, batu karang juga dapat terjadi pada bahagian hempedu. Lebih membimbangkan lagi apabila masalah ini dikenalpasti sering terjadi pada kita penduduk Malaysia.

 

Gejala-Gejala Batu Karang Hempedu

Berikut tcm senaraikan beberapa gejala-gejala umum yang dapat dirasakan sekiranya anda mengalami penyakit batu karang hempedu. Antaranya ialah :-

  • Merasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit pada bahagian kanan atas abdomen
  • Merasa loya dan muntah
  • Demam
  • Mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan (jaundis)
  • Rasa gatal pada kulit
  • Sakit perut
  • Rasa sakit yang teruk di tengah bahagian atas abdomen hingga belakang

 

Penyebab Batu Karang Hempedu

Batu karang terbentuk apabila salah satu dari tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan dan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Sekiranya tidak dirawat, lama-kelamaan batu karang hempedu ini dapat menjadi semakin besar atau semakin banyak. Berikut tcm senaraikan beberapa faktor penyebab batu karang hempedu :-

  • Kandungan kolesterol di dalam darah terlalu banyak
  • Kurang minum air
  • Suka makan makanan yang berlemak
  • Suka makan makanan yang masin
  • Suka makan nasi lemak (bilis, sambal dan santan sangat bahaya)
  • Suka makan seafood yang banyak mengandungi kolesterol jahat

 

Golongan Berisiko Batu Karang Hempedu

  1. Jantina : Wanita mempunyai risiko dua kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. Ini disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan di kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pul perancang membuatkan mereka terdedah kepada masalah hormon berlebihan
  2. Berat badan : Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan turut berisiko. Ini adalah kerana paras kolesterol yang tinggi di dalam darah
  3. Diet : Cara pemakanan tinggi lemak dan kolesterol juga berisiko
  4. Umur : Mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai risiko lebih tinggi
  5. Diabetes : Pesakit diabetes berisiko kerana mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah
  6. Ubat kolesterol : Ubat yang mengurangkan kolesterol di dalam darah juga secara tidak langsung meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu

 

Rawatan Batu Karang Hempedu

Rawatan yang dapat dilakukan terhadap pesakit bergantung pada gejala dan lokasi batu karang tersebut. Kebanyakan batu karang hempedu asimptomatik tidak memerlukan sebarang rawatan. Walaubagaimanapun, pembedahan diperlukan untuk keadaan yang tertentu. Sekiranya anda mengalami sebarang gejala-gejala seperti yang tcm nyatakan di atas, segeralah untuk berjumpa dengan doktor.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=penyakit+batu+karang+dalam+hempedu

http://ruzanaibs.blogspot.my/2015/06/5-simptom-hempedu-anda-ada-batu-yang.html

http://www.myhealth.gov.my/penyakit-batu-karang-hempedu/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *