Penyakit Beri-Beri

oie_PWFzkuu0aaYc

Selamat pagi buat semua yang membaca. Semoga hari anda, sentiasa ceria. Hari ini, tcm ingin kongsikan berkenaan dengan sejenis penyakit yang namanya agak unik dan istimewa. Penyakit tersebut ialah “Penyakit Beri-Beri”. Apa tu?? Yup, itulah juga soalan pertama dari tcm apabila mendengar nama penyakit ini. Secara umumnya, penyakit ini terjadi disebabkan oleh kekurangan vitamin B1.

Penyakit beri-beri dapat dikategorikan kepada dua jenis. Iaitu “Beri-Beri Basah” dan juga “Beri-Beri Kering”. Beri-beri basah kebiasaannya akan mempengaruhi sistem kardiovaskular seseorang itu. Manakala, beri-beri kering pula kebiasaannya akan mempengaruhi sistem saraf seseorang itu. Langkah pengubatan awal dapat menyelamatkan pesakit yang menderita penyakit ini.

 

Gejala Beri-beri

oie_Gjp5f5dRt3Wf

Gejala kepada penyakit beri-beri berbeza mengikut kawasan sistem yang diserang penyakit tersebut. Samaada ianya menyerang sistem kardiovaskular ataupun sistem saraf.

Gejala Beri-beri Kering (Sistem Saraf):

  • Hilang koordinasi otot
  • Kesukaran untuk berjalan
  • Mengalami kelumpuhan
  • Gangguan percakapan
  • Mengalami masalah neurologi (kehilangan memori)
  • Muntah-muntah
  • Gerakan mata yang tidak dapat dikawal

 

Gejala Beri-beri Basah (Sistem kardiovaskular):

  • Mengalami sesak nafas
  • Merasa sakit serta mengalami pembengkakan pada kaki
  • Kadar degupan jantung meningkat
  • Merasa lemah serta mengalami kelelahan
  • Pengumpulan cecair sekitar paru-paru (efusi pleura)

 

Sekiranya pesakit lambat menerima sebarang rawatan buat mengubati penyakit ini. Ianya mampu menyebabkan kematian. Akan tetapi, disebabkan sudah semakin kurang individu yang kekurangan vitamin B1, penyakit ini sudah pun jarang ditemui. Namun begitu, pada pendapat tcm, tidak salah sekiranya kita berjaga-jaga kerana mungkin tindakan tersebut dapat menyelamatkan kita kan.

Seseorang yang sering meminum alkohol juga dapat mengundang kepada terjadinya penyakit ini. Ini kerana, kajian menunjukkan alkohol dapat menghalang kemampuan tubuh badan untuk menyerap dan menggunakan vitamin B1. Selain itu, bayi yang menyusu daripada ibu yang kekurangan vitamin B1 juga dapat menghidapi penyakit ini.

 

Faktor Pendorong Beri-Beri

oie_wND0lHJeKziE

  • Pemakanan diet rendah tiamin
  • Penyalahgunaan alkohol
  • Pengambilan diuretik pada dos yang tinggi
  • Rawatan dialisis (cuci darah)

 

Langkah Pencegahan Beri-beri

  • Mencegah pengambilan alkohol
  • Memastikan tubuh badan mendapat semua vitamin yang diperlukan
  • Mengamalkan diet seimbang

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *