Penyakit Bronkitis
Hye, apa khabar semua? Penyakit yang ingin tcm kongsikan pada hari ini dengan anda semua ialah Penyakit Bronkitis. Bronkitis merupakan sejenis jangkitan yang berlaku pada saluran utama udara dari paru-paru atau bronkus yang menyebabkan terjadinya peradangan pada saluran udara tersebut. Keadaan ini juga termasuk sebagai salah satu penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.
2 Jenis Bronkitis
Bronkitis dapat dibahagikan kepada dua jenis. Jenis yang pertama dikenali sebagai bronkitis akut. Ianya dapat bertahan selama dua hingga tiga minggu. Bronkitis jenis ini merupakan salah satu jangkitan sistem pernafasan yang sering terjadi. Selain itu, bronkitis akut juga sering menyerang kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan kebawah.
Jenis yang kedua pula dikenali sebagai bronkitis kronik. Bronkitis jenis ini merupakan jangkitan sistem pernafasan yang terjadi pada bronkus yang mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan di dalam tempoh masa setahun. Serta, ia juga mampu berulang pada tahun-tahun berikutnya. Bronkitis kronik pula lebih sering terjadi pada orang dewasa terutamanya yang berumur 50 tahun ke atas.
Gejala-Gejala Bronkitis
- Mengalami kelelahan
- Sesak nafas
- Batuk disertai lendir berwarna kuning keabu-abuan atau hijau
- Bengkak pada bahagian kaki
- Rasa sakit dan tidak selesa pada dada
- Demam
- Hidung tersumbat (beringus)
- Sakit tekak
Penyebab Bronkitis
Penyebab umum yang menyebabkan seseorang itu diserang penyakit bronkitis adalah melalui perbuatan merokok. Ini kerana, setiap daripada sedutan asap rokok yang disedut, ianya berpotensi untuk merosakkan rambut silia yang terdapat di dalam paru-paru. Ianya berfungsi bagi menghalau dan menyapu keluar debu, iritasi dan mukos atau lendir berlebihan.
Setelah beberapa lama, ianya mula membuatkan seseorang itu mengalami kerosakan kekal pada silia dan lapisan dinding bronkus dan seterusnya membuatkan paru-paru mereka terdedah kepada bahaya kerana kotoran tidak lagi dapat dikeluarkan dan dibuang seperti biasa. Hasil daripada kotoran yang terkumpul pada paru-paru, ia kemudiannya membuatkan paru-paru lebih mudah diserang jangkitan.
Langkah Pencegahan Bronkitis
- Elakkan daripada merokok. Ini sangat penting kerana selain daripada menjadi salah satu penyebab kepada penyakit bronkitis, perbuatan merokok juga dapat mengundang pelbagai lagi penyakit bahaya lainnya.
- Jauhkan diri daripada asap rokok. Sekiranya anda telah berhenti merokok atau anda sememangnya tidak merokok. Anda juga perlu pastikan yang anda tidak terdedah kepada asap rokok. Ini kerana, asap rokok juga dapat membuatkan seseorang itu mendapat penyakit bronkitis.
- Cuba untuk elakkan daripada berhubung secara langsung dengan mereka yang sedang menghidapi penyakit bronkitis. Brokitis sangat mudah sekali merebak melalui udara.
- Menjaga kebersihan diri anda sentiasa. Antara amalan yang dapat diamalkan bagi menjaga kebersihan diri ialah seperti selalu mencuci tangan sebelum dan sesudah makan. Adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan sabun antiseptik bagi mencuci tangan anda.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html