Penyakit Bursitis

oie_pJYXt9ksRA0j

Apa khabar semua? Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit bursitis. Penyakit bursitis adalah suatu keadaan di mana berlakunya keradangan atau jangkitan pada kantung cecair yang berada pada bahagian sendi. Gejala yang dialami oleh pesakit bursitis adalah hampir sama dengan dua jenis penyakit lain iaitu penyakit reumatik dan gout.

Sama seperti penyakit reumatik dan gout, penyakit bursitis juga turut membuatkan penderitanya mengalami sakit pada bahagian sendi dan juga otot mereka.

 

Info Selanjutnya Bursitis

Kantung cecair yang mengalami keradangan atau pembengkakan tersebut kebiasaannya terletak di atas sendi. Ianya berfungsi sebagai pelapik diantara tulang dan juga tendon. Apabila kantung tersebut mengalami keradangan atau pembengkakan, penderitanya akan mula merasa sakit pada kawasan tersebut, terutamanya ketika bergerak atau mendapat sebarang tekanan pada kawasan tersebut.

 

Kawasan Bursitis Sering Terjadi

  • Siku
  • Lutut
  • Bahu
  • Pinggul

 

Gejala-Gejala Bursitis

  • Sakit pada bahagian sendi
  • Bahagian sendi mengalami pembengkakan
  • Kulit pada kawasan sendi yang terlibat menjadi kemerah-merahan
  • Sendi terasa kaku

 

Faktor Penyebab Bursitis

Terdapat pelbagai sebab yang dapat membuatkan seseorang itu mengalami bursitis. Antaranya ialah mengalami kecederaan disebabkan pergerakan yang berulang pada otot, sendi serta tendon di sekitar kantung cecair. Selain itu, perbuatan berjalan atau berlari secara berlebihan juga merupakan salah satu penyebab bursitis.

Bagi individu yang mempunyai sistem ketahanan tubuh badan yang lemah pula, mereka berisiko mengalami bursitis melalui jangkitan bakteria.

 

Tips Meredakan Pembengkakan Bursitis

  • Elakkan daripada berdiri terlalu lama sekiranya anda mengalami bursitis pada pinggul, lutut atau pergelangan kaki
  • Elakkan sebarang tekanan pada kawasan yang mengalami bursitis seperti tidur mengiring ke sebelah kiri sekiranya berlaku bursitis pada bahagian kanan pinggul.
  • Letakkan bungkusan ais pada kawasan yang mengalami bursitis selama 10-20 minit dan diulang selama beberapa jam sekali.

 

Langkah Pencegahan Bursitis

  • Melakukan banyak senaman yang dapat melentur dan menguatkan otot.
  • Mengawal berat badan agar tidak berlebihan
  • Memakai alat perlindungan ketika bersukan seperti pelindung lutut bagi menambahkan keselamatan sekiranya berlaku sebarang kecederaan.
  • Berehat sekiranya anda melakukan aktiviti fizikal yang melibatkan gerakan berulang pada satu bahagian otot.
  • Melakukan “warming up” sekurang-kurangnya selama 6 minit sebelum bersukan atau bersenam

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

Apa Obat Herbal Bursitis Terbaik?

http://www.alodokter.com/bursitis

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *