Penyakit Chagas

oie_R0kEC6z6TjKL

Hai semua, tajuk yang akan dibincangkan hari ini adalah berkenaan dengan sejenis penyakit yang sangat berbahaya. Boleh dikatakan penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit AIDS versi yang terbaru. Ini disebabkan kerana, ia memerlukan waktu bertahun-tahun sebelum dapat dikenalpasti setelah seseorang itu mendapat jangkitan.

Apabila sudah dikenal pasti, penyakit tersebut sudah pun terlambat untuk diubati. Penyakit terbaru yang sangat berbahaya ini dikenali sebagai “Penyakit Chagas”. Penyakit ini banyak terjadi di Amerika Selatan. Faktor utama bagi penyakit ini adalah disebabkan oleh sejenis serangga penghisap darah manusia yang dikenali sebagai “Triatomine”.

oie_awnvoVs7mhPW

Serangga ini menyebarkan parasit bagi penyakit ini melalui kesan gigitannya. Proses penyebarannya adalah sama seperti penyebaran yang disebabkan oleh nyamuk penyebab demam berdarah atau juga malaria. Setelah menghisap darah, serangga tersebut akan meninggalkan parasit pada kesan luka akibat daripada gigitan serangga tersebut.

Seterusnya, apabila parasit ini mula terdapat di dalam tubuh badan seseorang itu, individu tersebut seterusnya akan mula mengalami gejala-gejala seperti :

1075399784_c.jpg

  • Pembengkakan menyakitkan (kesan gigitan)
  • Pembengkakan mata
  • Kelelahan
  • Hilang selera makan
  • Demam
  • Sakit otot
  • Diarrhea

 

Namun, yang menjadi kemusykilan ialah gejala-gejala tersebut akan hilang setelah 1 hingga 2 bulan tanpa sebarang rawatan perubatan. Akan tetapi, kesan buruk akibat daripada penyakit chagas akan mula dirasai setelah 10-20 tahun mendapat jangkitan daripada penyakit ini. Antara kesan-kesan tersebut adalah seperti mengalami gangguan pada jantung.

Pada tahap yang lebih kronik, pesakit yang menderita penyakit ini akan mengalami kerosakan organ seperti pembesaran jantung serta kehilangan fungsi jantung dengan secara berperingkat. Selain itu, pesakit juga dapat mengalami pembesaran dari esofagus (megaesofagus) dan kolon (megakolon) hingga menyebabkan kehilangan fungsi pada saluran pencernaan.

oie_1iEOuVNy7hpg

Sama seperti penyakit AIDS, penyakit chagas memerlukan waktu bertahun-tahun sebelum dapat dikenalpasti. Ini menyebabkan pengubatan bagi penyakit ini sukar untuk dilakukan. Oleh kerana, sukar untuk dikesan serta faktor penyebarannya yang sangat mudah sekali, penyakit ini telah menyebabkan banyak kes kematian.

Penyakit chagas dapat disebarkan melalui pemindahan darah serta melalui gen keturunan. Akan tetapi, ianya tidak dapat disebarkan melalui hubungan intim seperti penyebaran virus HIV. Selain itu, penyakit ini juga dapat disebarkan melalui hubungan ibu dan anak. Jangkitan dapat tersebar dari ibu kepada anak melalui susu yang diterima oleh anak daripada ibunya.

 

Pencegahan

oie_Cr7nUyW9sQRh

Langkah pencegahan daripada penyakit ini difokuskan kepada menghentikan penyebaran serangga yang menjadi faktor utama penyebaran penyakit ini. Oleh itu, kita semua disarankan untuk melindungi diri dengan langkah pengawalan serangga. Selain itu, langkah seperti menjaga kebersihan persekitaran dan menggunakan kelambu sewaktu tidur juga merupakan langkah yang baik untuk diamalkan.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *