Penyakit Dispepsia
Apa khabar semua? Tajuk yang akan tcm kongsikan pada hari ini adalah mengenai sejenis masalah kesihatan yang dikenali sebagai dispepsia. Dispepsia adalah suatu keadaan di mana berlakunya keradangan pada bahagian dalam dinding perut seseorang itu. Seseorang penderita dispepsia pada mulanya akan merasa tidak selesa pada bahagian atas abdomen perut atau dada mereka.
Rasa sakit yang kebiasaannya dialami oleh penderita dispepsia adalah seperti rasa sakit atau panas yang bermula daripada leher hinggalah ke bahagian tengah perut.
Penyebab Dispepsia
Terdapat dua penyebab utama yang dapat dikenalpasti menjadi punca kepada dispepsia. Dua sebab utama tersebut ialah pertamanya melalui bakteria helicobacter pylori (H.pylori). Bakteria H.pylori merupakan bakteria yang dapat menyebabkan terjadinya luka di dalam perut ataupun usus.
Sebab yang kedua pula ialah melalui pengambilan ubat-ubatan anti radang (non steroid) untuk satu jangka masa yang lama. Contoh ubat-ubatan tersebut adalah seperti ibuprofen dan juga aspirin.
Gejala-Gejala Dispepsia
Berikut disenaraikan beberapa gejala umum yang dapat dialami oleh mereka yang mengalami dispepsia :
- Rasa panas pada bahagian perut
- Hilang selera makan
- Cepat merasa kenyang apabila makan
- Perut menjadi kembung
- Rasa panas pada bahagian dada
- Sering mual dan muntah-muntah
- Rasa sakit pada ulu hati
Selain daripada sebab-sebab yang disenaraikan di atas, dispepsia juga boleh disebabkan oleh faktor makan terlalu banyak, makan terlalu cepat ataupun mengabaikan proses pengunyahan makanan dengan cara yang betul. Dispepsia mula terjadi apabila otot-otot daripada organ saluran pencernaan atau saraf-saraf yang mengendalikan organ-organ tersebut tidak lagi berfungsi dengan baik.
Penting untuk kita semua tahu, dispepsia merupakan suatu penyakit kronik yang kebiasaannya mampu untuk berlangsung selama bertahun-tahun ataupun seumur hidup. Disebabkan oleh itu, tcm nak kongsikan beberapa tips di bawah mengenai langkah-langkah pencegahan yang boleh kita semua amalkan.
Langkah Pencegahan Dispepsia
- Mengamalkan pola pemakanan yang seimbang
- Elakkan daripada memakan makanan yang berlemak tinggi secara berlebihan seperti coklat dan keju
- Elakkan daripada minum minuman yang beralkohol
- Elakkan daripada makan terlalu dekat dengan waktu tidur
- Elakkan daripada makan terlalu cepat
- Berhenti daripada merokok serta elakkan dari terdedah kepada asap rokok
- Kawal berat badan anda serta elakkan daripada sering stress
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
http://www.persify.com/id/perspectives/medical-conditions-diseases/dispepsia-_-951000103413
http://www.alodokter.com/sakit-maag
http://sehatfit.com/apa-itu-dispepsia-dan-apa-saja-gejala-dispepsia
http://artikelkesehatanwanita.com/tips-mencegah-dispepsia.html