Penyakit Dystonia
Hai semua, hari ini 31 Januari merupakan Hari Perayaan Thaipusam bagi tahun 2018. Tcm nak ucapkan Selamat Menyambut Perayaan Thaipusam bagi semua yang beragama Hindu. Semoga semuanya sihat disamping keluarga yang tersayang. Tajuk artikel kita pada hari ini adalah mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit dystonia.
Dystonia adalah sejenis gangguan yang terjadi pada pergerakan otot sehingga menyebabkan otot bergerak secara berulang-ulang tanpa disedari. Gerakan berulang yang dialami pesakit seterusnya menyebabkan postur tubuh badan yang tidak normal. Selain itu, ia turut dapat menyebabkan otot menggeletar (tremor).
Dystonia Fokal – Menyerang pada satu bahagian tubuh badan sahaja
Dystonia Segmental – Menyerang pada dua atau lebih bahagian tubuh badan
Dystonia General – Menyerang pada seluruh bahagian tubuh badan
Penyebab Dystonia
Penyebab utama kepada penyakit ini masih belum dapat dikenalpasti. Akan tetapi, berdasarkan kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan. Pakar perubatan, menemui beberapa faktor yang mempunyai kaitan dengan kejadian penyakit ini. Faktor tersebut seterusnya membahagikan dystonia kepada dua jenis berdasarkan penyebab kepada penyakit ini.
Jenis-Jenis Dystonia
Berdasarkan daripada penyebab yang menyebabkan penyakit ini terjadi. Penyakit dystonia dapat dibahagikan kepada dua.
1. Dystonia Primer
- Merupakan dystonia yang tidak diketahui penyebabnya
- Akan tetapi terdapat beberapa kes penyakit ini yang mempunyai kaitan dengan mutasi genetik atau keturunan
- Biasanya dialami oleh mereka yang berusia di dalam lingkungan belia
2. Dystonia Sekunder
- Gangguan pada sistem saraf – Pesakit parkinson dan sklerosis ganda
- Gangguan pada otak – Kelumpuhan otak (cerebral palsy) yang sering terjadi ketika sebelum atau sejurus selepas lahir, tumor otak dan stroke
- Jangkitan – Jangkitan seperti HIV dan keradangan otak
- Ubat-ubatan – Antipsikosa (ubat mengatasi gangguan mental) atau ubat anti kejang (digunakan mengatasi epilepsi)
- Penyakit Wilson – Pengumpulan tembaga di dalam tisu badan
- Penyakit Huntington’s – Penyakit keturunan yang dapat menyebabkan gangguan mental
- Kecederaan – Cedera pada tulang tengkorak atau tulang belakang
Gejala-Gejala Dystonia
- Gerakan otot tanpa sengaja
- Dapat terjadi ada otot kepala, wajah dan tubuh
- Kejang pada bahagian leher (kecenderungan menggerakkan leher pada bahagian tepi atau dalam gerakan menyentak yang berulang kali)
- Apabila menjadi semakin serius, ia akan mula mempengaruhi otot bahu, lengan dan kaki
- Mempengaruhi kelopak mata hingga dapat tertutup sepenuhnya dan menyebabkan kebutaan fungsional
- Mempengaruhi suara pesakit sehingga mereka akan bercakap dengan suara berbisik yang kuat
Rawatan Dystonia
Bagi mengatasi pergerakan otot yang berlaku pada pesakit dystonia. Doktor kebiasaannya akan menyarankan rawatan gabungan daripada ubat-ubatan, terapi dan juga pembedahan. Terdapat beberapa jenis ubatan yang dapat diberikan, baik melalui suntikan atau melalui pengambilan secara oral. Ubat-ubatan tersebut adalah bertujuan supaya mengurangkan atau menghilangkan pergerakan otot yang tidak sedar dan sekaligus memperbaiki postur tubuh badan pesakit yang tidak normal.
Terapi yang disarankan pula adalah seperti terapi percakapan bagi mengatasi masalah dystonia yang melibatkan bunyi suara, terapi peregangan atau urut bagi melegakan kesakitan otot yang dialami.
Pencegahan Dystonia
Dystonia yang tidak diketahui penyebabnya akan sukar untuk dicegah. Akan tetapi bagi dystonia yang disebabkan oleh penyakit seperti dystonia sekunder, ia dapat dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang. Dengan mengelakkan daripada penyakit-penyakit tersebut daripada terjadi, ia secara tidak langsung akan menjauhkan kita dari risiko penyakit dystonia.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
http://www.klikdokter.com/penyakit/distonia
https://www.docdoc.com/id/info/condition/distonia
http://www.alodokter.com/dystonia