Penyakit Epididimitis
Artikel yang akan dikongsikan pada hari ini adalah merupakan sejenis penyakit yang berpotensi dialami oleh mana-mana lelaki. Penyakit tersebut dikenali dengan nama “epididimitis”. Epididimitis adalah suatu keradangan yang terjadi pada epididimis iaitu saluran sperma yang terletak di belakang testis. Walaupun dapat terjadi pada mana-mana lelaki, epididimitis lebih sering terjadi pada mereka yang berusia diantara 19-35 tahun.
Kenali Epididimis
Epididimis merupakan satu saluran yang bergulung-gulung yang menjadi penghubung diantara testis dan vas deferens. Apa tu vas deferens? Vas deferens adalah saluran sperma yang terus menuju ke pintu keluar pada zakar ketika lelaki mengalami ejakulasi. Antara fungsi bagi epididimis pula adalah seperti pengangkut, tempat penyimpanan dan tempat pematangan sel sperma yang berasal dari testis.
Gejala-Gejala Epididimitis
- Merasa sakit ketika membuang air kecil
- Rasa tidak selesa dan merasa sakit pada bahagian bawah perut
- Terdapat darah pada cairan sperma
- Merasa sakit ketika mengalami ejakulasi atau ketika melakukan hubungan seksual
- Skrotum mengalami pembengkakan dan terasa panas dan sakit ketika disentuh
- Merasa sakit pada salah satu testis
Penyebab Epididimitis
Penyebab kepada terjadinya epididimitis adalah disebabkan oleh mikroorganisme yang tersebar melalui hubungan seksual. Antara penyakit menular seksual adalah seperti neisseria gonorrhoeae dan chlamydia trachomatis. Keradangan yang terjadi disebabkan oleh jangkitan bakteria pula seterusnya mampu menyebabkan pembengkakan dan sakit pada skrotum (kantung luar yang mengandungi testis dan epididimis).
Kesan Buruk Epididimitis
- Mengoyak lapisan kulit pada skrotum
- Mengganggu tahap kesuburan pesakit
- Muncul benjolan disekitar testis disebabkan penumpukan cairan
- Tisu pada testis mati akibat kekurangan darah
- Muncul jangkitan bernanah pada skrotum
Faktor Pendorong Epididimitis
- Lelaki yang belum disunat
- Pernah mengalami jangkitan prostat atau jangkitan saluran kencing
- Menjalani prosedur rawatan yang mempengaruhi saluran air kencing
- Mengalami pembesaran prostat
Langkah Pencegahan Epididimitis
Langkah-langkah yang boleh kita lakukan bagi mencegah epididimitis adalah dengan mengelakkan daripada tabiat seks bebas. Kedua, segera mendapatkan rawatan sekiranya anda menghidapi penyakit menular seksual. Ketiga, pastikan anda melakukan hubungan seksual yang sihat dan betul dengan isteri anda sahaja. Keempat, dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami jangkitan saluran kecing.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://id.wikipedia.org/wiki/Epididimitis
http://www.spesialis.info/?apa-itu-epididimitis-,461
http://www.alodokter.com/epididimitis
http://ginekologi.weebly.com/blog/bagaimana-cara-mencegfah-epididimistis