Penyakit Hernia
Hai semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit hernia. Apa tu? Hernia merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh turunnya usus ke bawah selaput perut dan kadangkala sehingga ke buah zakar. Dari kajian yang telah dijalankan, penyakit ini secara umumnya banyak terjadi pada seseorang yang :
- Sering mengangkat barang berat
- Bekerja di kilang
- Sering meneran terlalu kuat
- Bekerja di pelabuhan
Di mana yea hernia selalu terjadi? Antara kawasan yang sering terjadinya hernia ialah pada pangkal paha yang dinamakan inguinal hernia dan femoral hernia. Selain itu, hernia juga dapat terjadi pada bahagian depan abdomen dan dikenali sebagai epigastric (bahagian atas abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernia (pada umbilicus).
Gejala-Gejala Hernia
- Pada peringkat awal, pesakit mengalami pembengkakan yang tidak sakit
- Apabila pembengkakan mulai membesar, pesakit akan mula merasa kesakitannya
- Rasa sakit pada bahagian bawah perut
- Sakit akan terasa lebih teruk sekiranya pesakit mengangkat beban yang berat
Bagaimana Hernia Terjadi
Pada kanak-kanak dan bayi, hernia hernia lebih sering terjadi disebabkan oleh kurang sempurnanya proses vaginalis untuk menutup seiring dengan turunnya testis atau buah zakar. Bagi orang dewasa pula, hernia berlaku biasanya disebabkan oleh terdapat tekanan yang tinggi di dalam rongga perut dan otot dinding yang semakin lemah seiring dengan meningkatnya usia seseorang itu.
Antara perkara yang dapat menyebabkan wujudnya tekanan di dalam perut ialah seperti sakit batuk yang teruk, sukar untuk membuang air besar, terjadinya pembesaran pada prostat (bagi lelaki), serta mereka yang sering mengangkat barang-barang yang terlalu berat.
Tips Pencegahan Hernia
- Melakukan senaman sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Perkara ini secara tidak langsung dapat menjadikan tubuh badan anda kuat dan sihat.
- Pastikan anda mengamalkan teknik yang betul ketika mengangkat sesuatu barang. Terutamanya bagi barang-barang yang berat.
- Dapatkan nasihat daripada doktor sekiranya anda menglami masalah sukar untuk membuang air besar ataupun kecil.
- Elakkan mengguanakan otot pada bahagian punggung ketika mengangkat sesuatu. Sebaiknya, gunakan otot kaki anda.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan memakan makanan yang tinggi khasiatnya.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html