Penyakit Hiperhidrosis
Salam sejahtera buat pembaca semua. Seperti biasa, tcm akan kongsikan sejenis penyakit pada hari ini buat informasi kita bersama. Di dalam menjalani kehidupan yang serba moden dan canggih ini. Kita tidak pernah terlepas daripada risiko mendapat sebarang jangkitan penyakit. Setiap hari, pakar-pakar kesihatan di seluruh dunia sentiasa berusaha di dalam menemukan penawar bagi setiap penyakit.
Selain daripada penjagaan diri bagi mencegah daripada mendapat sebarang penyakit, tcm harap kita juga sentiasa lebih sensitif terhadap perasaan orang lain. Terutamanya mereka yang sedang mengalami masalah akibat daripada penyakit yang dihidapi. Sebagai contoh, tajuk yang akan dikongsikan hari ini adalah mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Hiperhidrosis”.
Hiperhidrosis adalah sejenis penyakit yang membuatkan penderitanya berpeluh lebih daripada biasa, terutamanya pada tapak tangan mereka. Walaupun kelihatan remeh, masalah ini tetap memberi kesan yang besar terhadap kehidupan mereka. Apatah lagi, sekiranya terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya menjadikan gurauan akan penyakit yang dihidapi oleh mereka.
Perkara ini secara tak langsung, dapat membuatkan pesakit hiperhidrosis merasa kurang keyakinan diri untuk bergaul dengan orang ramai. Jadi tcm harap, walaupun kita mempunyai tubuh badan yang sihat, pastikan kita juga sentiasa lebih sensitif terhadap perasaan orang lain dan bersama-sama memberikan sokongan moral agar mereka dapat mengharungi masalah yang dihadapi mereka.
Info Lanjut Hiperhidrosis
Selain daripada tapak tangan, hiperhidrosis juga kebiasaannya menyebabkan peluh yang berlebihan pada tapak kaki dan juga ketiak. Cuba anda bayangkan, peluh yang banyak ketika cuaca panas pun sudah membuat kita tidak selesa kan. Inilah yang terpaksa dihadapi oleh penderita hiperhidrosis. Disebabkan oleh masalah ini, banyak aktiviti-aktiviti sosial mereka yang akan terganggu.
Gejala-Gejala Hiperhidrosis
- Berpeluh dengan banyak walaupun tanpa melakukan sebarang aktiviti yang memenatkan
- Berpeluh dengan banyak terutamanya pada tapak tangan, tapak kaki dan ketiak
- Perubahan pola berpeluh (lebih sering)
- Perubahan jumlah berpeluh (semakin banyak)
- Berpeluh dengan banyak walaupun tanpa cuaca yang panas
Kenapa berpeluh? Adakah anda tahu, kenapa sebenarnya kita berpeluh? Peluh sebenarnya merupakan suatu bentuk mekanisme tubuh untuk menyejukkan tubuh badan kita. Ketika suhu tubuh badan kita meningkat, terdapat sistem saraf yang secara automatik akan mencetuskan kelenjar peluh kita. Oleh itu, badan dapat disejukkan setelah peluh dikeluarkan.
Cuma bagi kes hiperhidrosis, peluh yang dikeluarkan adalah secara berlebihan serta tidak dapat dikawal. Ini kerana, bagi pesakit hiperhidrosis, kelenjar peluh mereka menjadi terlalu aktif. Perkara ini seterusnya menyebabkan ia tetap mengeluarkan peluh walaupun pada keadaan yang tidak memerlukannya. Hal itulah yang menjadikan masalah buat mereka yang mengalaminya.
Faktor Pendorong Hiperhidrosis
Faktor yang menyebabkan seseorang itu mengalami peluh yang berlebihan terutamanya pada tapak tangan dan tapak kaki adalah biasanya disebabkan oleh faktor genetik. Walaupun begitu, terdapat beberapa faktor lain yang boleh mendorong terjadinya hiperhidrosis. Antaranya ialah :
- Demam
- Serangan jantung
- Menopause
- Kecederaan tulang belakang
- Stroke
- Diabetes
- Penyakit paru-paru
- Ubat-ubatan tertentu
Langkah Pencegahan
- Menggunakan deodorant yang boleh kurangkan peluh
- Banyakkan minum air kosong
- Banyakkan lakukan senaman
- Kurangkan memakan makanan yang pedas
- Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan
- Elakkan daripada sering tertekan (stress)
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html