Penyakit Impetigo

oie_eQanyMmIoFED

Salam selasa buat semua, tajuk perkongsian kita hari ini ialah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Impetigo”. Penyakit impetigo merupakan sejenis penyakit kulit yang berjangkit. Impetigo ditandai dengan luka merah di sekitar bahagian wajah, hidung ataupun mulut. Impetigo sering sekali didapati menyerang bayi dan juga kanak-kanak.

Disebabkan penyakit ini sangat mudah sekali tersebar, kita hendaklah lebih berhati-hati di dalam menangganinya. Hanya melalui sentuhan secara langsung dengan kawasan yang telah dijangkiti impetigo, seseorang itu juga berpotensi untuk dijangkiti.

 

Walaupun penyakit ini mampu untuk sembuh dengan sendirinya, akan tetapi bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang komplikasi yang berbahaya, penyakit ini hendaklah segera diubati. Penyakit impetigo tidak menunjukkan gejala secara langsung setelah seseorang itu mendapat jangkitan. Akan tetapi, gejala bagi penyakit ini akan mula muncul kira-kira 4-10 hari setelah seseorang itu terdedah kepada bakteria penyakit impetigo.

 

Jenis-Jenis Impetigo

  • Impetigo Contagiosa : Impetigo jenis yang pertama ini memliki luka yang berwarna merah pada wajah dan sering didapati pada bahagian mulut dan hidung. Luka daripada impetigo jenis ini juga akan cepat pecah, berair dan memiliki nanah. Ia tidak menunjukkan sebarang gejala demam, akan tetapi ia menyebabkan berlakunya pembengkakan pada kelenjar limfa.
  • Bullous Impetigo : Impetigo jenis yang kedua ini pula lebih banyak menyerang kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. Waktu yang diperlukan untuk sembuh bagi impetigo jenis ini lebih lama berbanding jenis-jenis lainnya. Bullous impetigo sering didapati menyerang pada bahagian badan, kaki dan lengan.
  • Ecthyma : Impetigo ecthyma dapat menyerang kulit dermis seseorang itu. Mereka yang mengalaminya akan terasa sakit pada kawasan yang dijangkiti serta memiliki cairan seperti bernanah. Bekas lukanya amat sukar sekali untuk hilang meskipun seseorang itu telah sembuh.

 

Gejala-Gejala Impetigo

  • Kulit berwarna merah disertai dengan bintik-bintik pada bahagian muka, kepala dan tangan
  • Bahagian kulit yang sakit akan melepuh dan mengeluarkan cecair
  • Pesakit impetigo akan merasa gatal pada kulit yang berwarna merah
  • Merebak pada bahagian tubuh lain sehingga cairan akan melepuh
  • Berlakunya pembengkakan pada kelenjar limfa yang dijangkiti daripada kawasan sekitarnya

 

Penyebab Penyakit Impetigo

Penyakit impetigo merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. Oleh itu disini tcm nak kongsikan beberapa perkara bagaimana seseorang itu dapat dijangkiti penyakit impetigo. Antaranya ialah :

  1. Melalui sentuhan secara langsung dengan kawasan yang dijangkiti impetigo
  2. Melalui faktor cuaca yang panas dan lembap
  3. Melalui luka yang dimasuki dan dijangkiti oleh bakteria penyakit impetigo
  4. Menghidapi penyakit seperti diabetes
  5. Memiliki sistem ketahanan tubuh badan yang lemah

 

Langkah-Langkah Pencegahan Impetigo

Terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diamalkan bagi menceah daripada dijangkiti oleh penyakit ini. Antaranya adalah seperti :

  • Sering mencuci kaki tangan dan tangan dengan menggunakan sabun
  • Sekiranya kulit anda tercedera dan luka, segera dapatkan rawatan serta elakkan daripada sebarang jangkitan
  • Elakkan daripada menyentuh hidung atau mulut ketika tangan anda kotor
  • Elakkan daripada berkongsi barangan seperti baju, kasut dan peralatan makanan dengan penderita impetigo
  • Elakkan daripada bersentuhan secara langsung dengan mereka yang menghidapi penyakit ini
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=penyakit+impetigo

http://www.alodokter.com/impetigo

http://bidanku.com/impetigo-penyakit-kulit-menular-pada-anak

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *