Penyakit Imsonia – Susah Tidur

Hye 🙂

Pernahkah anda dengar penyakit Insomnia?

Okey penyakit imsonia ini adalah merupakan penyakit gangguan tidur atau juga dikenali sebagai penyakit susah tidur yang sering terjadi kepada seseorang. Imsonia  adalah kesulitan seseorang untuk tidur dan mempertahankan tidurnya yang diikuti gangguan fungsional pada saat bangun. Imsonia dianggap sesuatu penyakit ataupun masalah psikologi yang menyebabkan seseorang susah untuk memejamkan mata. Hal ini akan menyebabkan mereka  menderita imsonia beralih kepada penggunaan ubat tidur dan ubat penenang yang akhirnya meninggalkan kesan negative kepada kesihatan tubuh badan.

Apakah penyebab imsonia nie kengkawan?

Sebenarnya penyakit imsonia ini tidak sesuai dikenali ‘penyakit’ melainkan gejala kerana terdapat kelainan seperti kelainan emosional, fizikal serta pemakaian ubat-ubatan. Namun, penyebab imsonia adalah :

  1. Pola tidur yang tidak tetap misalnya jadual kerja yang berubah-ubah . sebenarnya penting bagi seseorang untuk mengikuti jadual tidur dan bangun secara tetap setiap hari.
  2. Makan makanan yang terlalu berat ketika hendak tidur, sebenarnya tubuh harus menyelesaikan proses pencernaan terlebih dahulu.
  3.  Terlalu lama beristirehat ketika siang hari sehingga mengalami kesulitan untuk tidur pada sebelah malam.
  4. Rokok dan kafein. Nikotin dalam rokok  dan kafein akan mempercepatkan kadar denyutan jantung dan menyebabkan anda susah untuk tidur kerananya.
  5. Kurang bersukan
  6. Kerosakan terhadap otak seperti mengalami penyakit Alzheimer, Stroke dan ensefalitis.

Tahukah anda bahawa penyakit imsonia ini dapat mengakibatkan kematian? Kajian yang telah dijalankan oleh Amerika Cancer Society menunjukkan bahawa mereka yang tidur sekitar 7 jam pada waktu malam mempunyai kadar kematian yang lebih rendah berbanding mereka yang kurang tidur kurang daripada 6 jam. Namun penggunaan pil tidur mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mengakibatkan kematian..!!

Huyyyoooo…ngerinyaa kengkawan kan..

Okey Untuk mengatasi penyakit imsonia ini pula bergantung kepada penyebabnya. Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi penyakit imsonia ini :

  • Penderita penyakit imsonia ini haruslah bersikap tenang dan menyediakan suasana bilik tidur senyaman yang mungkin disertai penggunaan cahaya lampu yang redup untuk mendapat kepuasan tidur.
  • Jika anda stress, memang susah untuk mendapatkan tidur oleh itu kurangkan stress anda dengan melakukan pelbagai aktiviti kegemaran anda ketika siang hari.
  • Melakukan terapi hypnosis untuk mengatasi imsonia tanpa penggunaan ubat-ubatan.

Makanan yang perlu diamalkan jika mengalami penyakit Imsonia

Pisang

Melalui kajian kesihatan buah pisang mengandungi banyak melatonin dan serotonin, magnesium dalam buah pisang akan membuat system saraf dan otot tubuh menjadi lebih tenang/rileks.

Susu

Minum segelas susu akan membuat anda tertidur.kalsium susu akan membuat otak anda menjadi lebih tenang. Pikiran yang tenang akan membuat anda tidur dengan selesa.

Teh

Amalan meminum teh akan membuat fikiran anda menjadi lebih rileks. Kandungan antioksidan yang tiggi akan membuat saraf otak anda menjadi lebih tenang.

Telur rebus

Susah tidur kebiasaanya adalah disebabkan oleh kurangnya protein pada tubuh. Telur rebus mengandungi protein yang tinggI.

Heyy kengkawan..!!

Untuk mengatasi masalah imsonia ini memang tidak mudah namun harus dipraktikkan. Oleh itu, JANGAN MENYERAH…!!

 

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *