Penyakit Kaki Atlet
Hai semua, salam selasa buat semuanya. Topik yang akan menjadi perbincangan kita pada hari ini adalah berkenaan dengan sejenis penyakit yang berkaitan dengan kaki. Penyakit ini dikenali sebagai “Penyakit Kaki Atlet”. Buat pengetahuan semua, penyakit kaki atlet ini tidaklah berkaitan dengan mana-mana atlet sukan. Akan tetapi, penyakit ini adalah jangkitan pada kaki yang disebabkan oleh kulat.
Penyakit kaki atlet boleh disebabkan oleh pelbagai jenis kulat yang dikenali sebagai Dermatophytes atau moulds. Bagaimana untuk kita kenali penyakit ini? Sekiranya anda merasakan kaki anda gatal, panas seperti terbakar, merasa sakit seperti disengat sesuatu, menjadi kemerahan terutamanya diantara jari-jari kaki. Awas, anda mungkin mengalami penyakit kaki atlet.
Penyebab Penyakit Ini
Penyakit kaki atlet dapat disebabkan oleh pertumbuhan kulat yang hidup pada lapisan luar kulit kaki. Kulat yang biasanya menyebabkan penyakit ini terjadi merupakan jenis yang sama yang menyebabkan terjadinya kurap. Keadaan stokin yang basah akibat peluh, dapat mewujudkan persekitaran yang dapat membantu pembiakan bagi kulat ini dengan lebih mudah.
Kebiasaannya, penyakit kaki atlet akan menjangkiti seseorang itu pada ruang diantara jari-kari kaki mereka. Walaupun begitu, penyakit tersebut tetap boleh mengjangkiti kuku kaki dan juga tapak kaki seseorang itu. Oleh itu, tcm cadangkan, sentiasalah menjaga kebersihan kaki anda, agar ianya sentiasa berada di dalam keadaan yang kering dan bersih.
Bagaimana Ia Disebarkan
Disebabkan penyakit ini dapat berjangkit, sentuhan secara langsung kepada kawasan yang telah dijangkiti atau pada pakaian yang telah tercemar dengan kulat/bakteria ini dapat membuatkan seseorang itu mendapat jangkitan. Tempat-tempat yang kebiasaannya menjadi tempat penyebaran bagi penyakit ini adalah seperti di asrama, kolam renang awam, pusat kecergasan dan lain-lain tempat awam.
Terdapat beberapa faktor yang dapat membuatkan penyakit ini lebih mudah tersebar. Antaranya ialah keadaan kaki yang sering tertutup, berada didalam keadaan panas dan keadaan persekitaran kaki yang lembap. Keadaan-keadaan tersebut akan lebih memudahkan perkembangan kulat. Selain itu, protein yang terdapat di dalam kuku, rambut dan kulit akan memberikan nutrisi pada kulat tersebut.
Gejala Penyakit Kaki Atlet
- Bau kaki yang tidak menyenangkan
- Kulit kaki menjadi kering dan berkeruping
- Kulit menggelupas dan merekah (terutamanya celah jari kaki)
- Gelembung kecil atau lepuh yang gatal pada kulit kaki
- Ruam merah berkeruping yang gatal di celah jari kaki
- Kuku menjadi tebal, rapuh serta kusam
Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah penyakit ini hanya menjangkiti pada kaki seseorang itu? Jawapannya adalah “tidak”. Ini kerana, terdapat beberapa anggota tubuh badan lain yang berpotensi terdedah kepada jangkitan penyakit ini. Pada kebiasaannya ia hanya menjangkiti kaki, akan tetapi, antara anggota lain ialah tangan, kuku dan juga pangkal paha.
- Tangan – Penyakit ini dapat menjangkiti tangan seseorang itu apabila ia menyentuh atau menggaru bahagian kaki yang telah pun dijangkiti
- Kuku – Selain daripada hanya menjangkiti kaki, penyakit ini juga mampu merebak hingga menjangkiti kuku kaki seseorang itu
- Pangkal paha – Disebabkan kulat yang seringkali menjangkiti pada pangkal paha adalah daripada jenis yang sama dengan kulat penyakit kaki atlet, ini membuatkan kulat tersebut mudah tersebar dan menjangkiti pangkal paha seseorang itu
Golongan Yang Berisiko
- Mereka yang selalu memakai kasut dan stokin yang ketat
- Mempunyai sistem imun yang lemah
- Sering berkongsi kasut, stokin kaki, pakaian dengan orang lain
- Sering berjalan di kawasan awam tanpa memakai kasut atau selipar
- Mereka yang tidak menjaga kebersihan kaki
Tips-Tips Pencegahan
- Sentiasa pastikan kaki anda berada di dalam keadaan yang kering dan bersih
- Pakai kasut yang ringan dan tidak ketat serta mempunyai pengudaraan yang baik
- Sering menukar stokin anda setiap hari (lebih kerap bagi yang kerap berpeluh)
- Menggunakan kasut sendiri serta elakkan daripada berkongsi atau pinjam kasut orang lain
- Sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html