Penyakit Kencing Manis – Tanda-Tanda Dan Pencegahannya
Hye semua..!! 🙂
Apa habaq? Harap semua sihat la kengkawan ya..
Sebelum nie saya sudah menulis beberapa entry mengenai penyakit kencing manis.. Sila rujuk diSINI dan juga diSINI..
Kali ini saya akan berkongsi pula dengan anda semua tentang apakah tanda-tanda dan langkah-langkah pencegahan penyakit kencing manis ini..semoga info ini bermanfaat untuk semua bukan sahaja kepada saya malah untuk kawan-kawan semua yang lain.. kengkawan,apakata selepas anda membaca entry ini anda sharing pula supaya semua kengkawan kita akan mendapat manfaat dari blog ini..
Kengkawan,
Diabetes Melitus merupakan salah satu penyakit tertua pada manusia. Berasal dari istilah kata Yunani, Diabetes yang bererti pancuran dan Melitus yang berarti madu atau gula.so, jadilah pancuran gula,,bila dibincang2,, nama penyakit ini diletakkan sebagai KENCING MANIS.
Bagi pesakit kencing manis yang tidak mengawal penyakit mereka, mereka berhadapan dengan kesan yang sangat serius. Antara kesannya adalah Kegagalan buah pinggang, berlaku Serangan jantung, Kebutaan atau Katarak, Koma (hilang kesedaran), Angin ahmar (strok), Sakit saraf atau “mati pucuk”, `gangrene’ atau anggota tubuh mati atau membusuk.
1. Kerap kencing terutama waktu malam
2. Sering dahaga dan banyak minum air terutama air manis
3. Mudah lapar dan banyak makan
4. Mudah penat dan sering mengantuk
5. Selalu sakit kepala dan rasa loya
6. Pergerakan tubuh badan terganggu
7. Berat badan menurun pada kadar yang cepat
8. Kebas atau gatal-gatal di kaki dan tangan.
Lakukan langkah-langkah pencegahan PENYAKIT KENCING MANIS untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat bagi pencegahan tersebut adalah:
PEMAKANAN SIHAT
   Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta mengikut keperluan umur
BERSENAM
   Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan 20 minit bagi setiap sesi dan bertambah menyeronokkan bersenam bersama keluarga
PENJAGAAN KESIHATAN
   Lakukan pemeriksaan doktor apabila anda mengalami tanda-tanda diabetes
TIDUR & REHAT SECUKUPNYA
   Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya penyakit diabetes dalam tubuh.
PENJAGAAN BERAT BADAN
mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah mengawal  taraf gula di dalam darah mereka dan sebagai medium pencegahan penyakit kencing manis ini.
TIDAK MEROKOK
Dalam penelitian yang dilakukan terhadap 200.000 orang berusia 50-71 tahun yang sentiasa sihat, diketahui tidak ada yang pernah menjadi perokok atau minimum tidak merokok dalam masa 10 tahun terakhir.
MENGHINDARI ALKOHOL
Bukan hanya diabetes melitus, risiko untuk terkena penyakit kronik lain juga akan berkurang jika Anda menghindari kebiasaan minum alcohol.
langkah-langkah di atas adalah paling asas bukan sahaja untuk hindar penyakit kencing manis,,
tetapi juga untuk semua jenis penyakit.amalkan gaya hidup yang sihat!
barulah badan kita cergas dan otak kita semakin cerdas!
Jom sihat sepanjang masa bersama kami
Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!
Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html