Penyakit Kencing Tikus / Leptospirosis

 

Hye 🙂

Kengkawan korang kenal tikus tak? Hehe… tak kenal memang pelik la.. binatang nie memang banyak terdapat di Negara-negara yang beriklim tropika termasuklah Negara kita Negara Malaysia. Binatang nyer kecik-kecik jer tetapi sangat berbahaya. Kecik-kecik pun cili padi yopp..!!. Kene air kencingnya pun kita dah boleh kritikal tahu tak.  Ha , kalau korang nak tau , virus kencing tikus ni dikenali juga sebagai LEPTOSPIROSIS. 

Penyakit nie memang agak dikenali pada masa kini kerana telah banyak kes yang melibatkan kematian berbanding penyakit lain yang memang diketahui berbahaya seperti barah, stroke, hepatitis dan sebagainya. Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti  anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

Penyebaran  virus ini terhadap manusia  adalah melaui air, tanah atau tanaman yang telah dikotori oleh kencing haiwan yang menghidapi leptospirosis. Ia akan memasuki badan manusia dengan pelbagai cara antaranya melalui mata, hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari oleh najis terutamanya air kencing haiwan yang telah dijangkiti bacteria LEPTOSPIRA.

 

Faktor risiko termasuklah:

  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas – Petani, penternak  atau peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
  • Terdedah di tmpat yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut seperti terminum virus tersebut  akan menjangkiti.

 

KOMPLIKASI

  • Jangkitan kuman di otak (Meningitis)
  • Perdarahan yang teruk.
  • Respiratory (distress).
  • Kegagalan fungsi hati.
  • Kegagalan fungsi buah pinggang

# Boleh membawa maut sekiranya kritikal..!!

 

  • Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
  • Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala yang kuat.
  • Batuk tidak berkahak
  • Loya, muntah dan cirit-birit Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
  • Radang selaput mata.
  • pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.

 

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Elak makan makanan yang terdedah. Tutup makanan kering seperti biskut, roti, dan sebagainya. Melakukan pembersihan kediaman terutamanya kawasan dapur rumah sekerap mungkin. Jika memelihara binatang peliharaan pastikan terhindar daripada sebarang penyakit.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *