Penyakit Legionellosis

oie_HDpRQL6qgtkE

Salam sejahtera buat semuanya, hari ini tcm akan kongsikan mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Penyakit Legionellosis”. Penyakit apa agaknya tu ya? Meh kita baca.. Penyakit ini sebenarnya merupakan sejenis jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh bakteria Legionella pneumophilia. Ianya dimulai dengan batuk ringan dan seterusnya demam sehingga mengalami pneumonia.

Bakteria Legionella pneumophilia dapat ditemui di dalam sistem pengaliran air. Selain itu ia juga mampu untuk bertahan hidup di dalam persekitaran panas dan lembap seperti di dalam sistem penghawa dingin. Hal ini sangat membimbangkan kerana, sekiranya bakteria ini tersebar di dalam sistem penghawa dingin di hospital, pasti ianya dapat menjangkiti orang ramai yang turut berada di dalam hospital.

 

Faktor Pendorong

oie_wND0lHJeKziE

Selain daripada bakteria yang menyebabkan penyakit ini berlaku, terdapat beberapa faktor-faktor lain yang dapat mendorong kepada terjadinya penyakit ini. Antaranya ialah:

  • Tabiat merokok
  • Disebabkan penyakit tertentu (kegagalan ginjal, kanser, diabetes, penyakit paru)
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Umur (pertengahan atau usia lanjut)
  • Penderita gangguan sistem ketahanan tubuh badan (kemoterapi, kortikosteroid, kanser, leukimia)

 

Penyakit ini tidak akan tersebar sesama manusia. Dari waktu seseorang itu terdedah kepada bakteria Legionella pneumophilia, ia kebiasaannya mengambil masa selama 2 -10 hari sebelum pesakit menunjukkan sebarang gejala. Disebabkan bakteria amat mudah tersebar, banyak tempat yang dapat membuatkan seseorang itu dijangkiti penyakit ini seperti di rumah, ataupun tempat umum.

 

Gejala-Gejala Legionellosis

oie_Gjp5f5dRt3Wf

  • Merasa sakit serta kaku pada otot
  • Sakit pada bahagian sendi
  • Merasa tidak bertenaga
  • Mengalami sakit kepala
  • Demam serta menggigil
  • Mengalami batuk kering
  • Batuk berdarah
  • Mengalami sesak nafas
  • Sakit pada bahagian dada
  • Diarrhea
  • Ataksia (Gangguan koordinasi)

 

 Langkah Pencegahan

oie_Cr7nUyW9sQRh

Langkah pencegahan bagi penyakit ini adalah secara umumnya sama seperti penyakit-penyakit yang lain. Kebersihan merupakan kunci utama bagi mencegah daripada sebarang penyakit terjadi. Bagi kes ini, sistem pengairan seperti kolam dan spa yang telah dipastikan kebersihannya dapat mengurangkan risiko tersebarnya bakteria Legionella pneumophilia.

Selain itu, tindakan tidak merokok juga penting kerana, merokok dapat memudahkan lagi seseorang itu untuk diserang penyakit ini sekiranya mereka telah terdedah kepada bakteria legionella tersebut. Dengan mengamalkan langkah penjagaan tersebut pastikan juga anda sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan dari masa ke semasa bagi memastikan kesihatan anda sentiasa terjamin.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *