Penyakit Milia
Apa khabar semua? Hari ini tcm nak kongsikan pula mengenai suatu keadaan yang dikenali sebagai “milia”. Milia adalah benjolan sangat kecil yang berwarna putih yang muncul pada permukaan kulit seseorang itu. Milia dapat terjadi pada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina ataupun peringkat umur. Milia tidak berbahaya, ia juga mampu untuk hilang dengan sendirinya tanpa sebarang rawatan.
Milia kebiasaannya akan muncul secara berkelompok pada kawasan-kawasan yang tertentu. Antara kawasan-kawasan yang sering milia muncul adalah seperti hidung, mata, dahi, kelopak mata, pipi dan juga dada. Akan tetapi, sekiranya hanya muncul satu sahaja benjolan pada kulit seseorang itu, ia dikenali dengan istilah milium. Milia secara umumnya kelihatan seolah-oleh jerawat.
Jenis-Jenis Milia
- Primary Milia : Milia yang muncul pada kanak-kanak dan orang dewasa. Ia biasanya muncul pada bahagian dahi, kelopak mata, dan sekitar kawasan kemaluan. Keadaan ini dapat berlangsung selama beberapa minggu hingga bulan.
- Milia En Plaque : Merupakan milia yang terjadi pada bahagian kulit yang mengalami keradangan. Ia biasanya muncul pada kelopak mata, sekitar telinga, pipi dan rahang. Milia jenis lebih sering ditemui menyerang perempuan pertengahan umur.
- Neonatal Milia : Milia jenis ini terjadi pada bayi yang baru lahir dan biasanya ia muncul pada hidung, pipi, kulit kepala hinggalah mulut. Jenis ini merupakan milia daripada jenis umum dan dianggap normal.
- Multiple Eruptive Milia : Milia yang jarang terjadi dan biasanya muncul pada muka, lengan atas serta tubuh pada bahagian atas seperti leher. Ia biasanya akan berlangsung selama beberapa minggu atau bulan.
- Secondary Milia : Milia daripada jenis ini muncul disebabkan terjadinya kerosakan pada lapisan kulit seperti luka terbakar. Selain itu, gangguan pada kelenjar peluh dan kesan penggunaan krim kulit kortikosteroid juga dapat menjadi faktor pendorong.
Faktor Penyebab Milia
Faktor penyebab milia pada bayi yang baru lahir masih lagi belum dapat dikenalpasti. Selain itu, milia juga sering disalah anggap sebagai jerawat bayi yang didorong oleh hormon dari ibu. Akan tetapi, berbeza daripada jerawat bayi, milia tidak menyebabkan keradangan (pembengkakan). Disamping itu, Stanford School Of Medicine menjelaskan milia biasanya muncul setelah bayi lahir.
Manakala, jerawat bayi pula biasanya muncul beberapa minggu setelah kelahiran bayi. Bagi kes kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa, milia biasanya disebabkan oleh beberapa jenis kerosakan kulit seperti luka terbakar, terdedah sinar matahari yang terlalu lama, masalah kulit, terdedah kepada poison ivy dan sebagainya.
Antara Rawatan Milia
Secara umumnya, milia biasanya akan hilang sendiri dalam beberapa minggu tanpa sebarang rawatan. Akan tetapi, terdapat juga kes di mana ianya bersifat kekal seperti secondary milia. Antara rawatan yang ada bagi merawat milia adalah seperti :
- Menggunakan krim kulit yang tertentu
- Pengambilan antibiotik
- Terapi laser oleh pakar kulit
- Prosedur dermabrasi oleh dermatologis
- Kaedah rawatan yang melibatkan pembekuan (cryotherapy)
Langkah Pencegahan Milia
Berikut dikongsikan langkah-langkah pencegahan milia yang boleh sama-sama kita amalkan. Antaranya seperti sering menjaga kebersihan wajah serta mencegah sebarang kotoran terkumpul pada pori-pori kulit. Kedua, gunakan losyen pelindung matahari. Ini kerana, salah satu kesan negatif sinar UV dapat membuatkan kulit seseorang itu menjadi tebal.
Apabila tisu epidermis menjadi tebal, maka keratin yang terdapat dibawahnya juga turut sukar untuk keluar. Tips yang ketiga pula ialah dengan menggunakan krim, losyen atau serum yang mengandungi retinol. Ini bagi menjadikan kulit anda tetap lembut dan bersih. Untuk hasil yang maksimum, gunakan losyen pada kawasan yang mengalami milia.
Akan tetapi elakkan daripada menggunakan losyen pada kelopak mata kerana dapat menyebabkan iritasi.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
http://www.biutiva.com/681/mengenal-7-tipe-milia-perawatan-pengobatannya/
http://www.alodokter.com/milia
http://www.cosmopolitan.co.id/article/read/9/2016/7508/tip-ampuh-mencegah-dan-mengatasi-milia