Penyakit Musim Hujan

oie_LEQLAwO9yc67

Apa khabar semua di sana? Semoga sihat selalu yea, tajuk perkongsian kita hari ini ialah “Penyakit Musim Hujan”. Hujan pun ada penyakit? Betul tu, faktor keadaan cuaca sememangnya memberi kesan yang besar kepada pembiakan sesuatu penyakit itu. Sekiranya tidak berjaga-jaga, kita mungkin boleh mendapat jangkitan daripada penyakit-penyakit tersebut.

 

Sebagai contoh, sewaktu musim hujan, akan terdapat banyak air yang bertakung. Kesan daripada itu, nyamuk yang merupakan medium penyebaran kepada penyakit demam berdarah juga dapat membiak dengan mudahnya. Seiringan dengan itu, penyakit demam berdarah juga akan lebih banyak tersebar. Berbanding musim kemarau, jumlah air yang bertakung adalah sangat sedikit bahkan hampir tiada.

 

Ini menyebabkan, penyakit-penyakit seperti demam berdarah lebih kurang terjadi sewaktu musim kemarau. Selain itu, diantara penyakit lain yang boleh terjadi ialah seperti diarrhea, disentri, asma dan lain-lain. Berdasarkan situasi berikut, tcm pasti semua dapat melihat hubung kait diantara faktor cuaca sewaktu musim hujan dan penyakit yang dipengaruhinya bukan?

 

Jenis-Jenis Penyakit Musim Hujan

oie_Gjp5f5dRt3Wf

1. Demam Berdarah

Gejala-Gejalanya :

  • Demam pada suhu yang tinggi
  • Merasa sakit otot
  • Sakit pada bahagian belakang mata
  • Batuk selsema
  • Sakit tekak

Penyebab :

  • Melalui virus denggi
  • Disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti

 

2. Influenza

Gejala-Gejalanya :

  • Sakit kepala
  • Demam pada suhu tidak terlalu tinggi
  • Batuk
  • Badan merasa lemah

Penyebab :

  • Mudah merebak apabila daya tahan tubuh lemah
  • Dapat merebak daripada seseorang yang telah pun dijangkiti kepada yang lain

 

3. Penyakit Jangkitan Seperti Disentri dan Diarrhea

Gejala-Gejalanya :

  • Biasanya disertai dengan darah dan lendir
  • Cirit-birit disertai dengan sakit perut
  • Mual
  • Muntah-muntah

Penyebab :

  • Virus dan bakteria
  • Makanan tidak bersih kerana telah tercemar dengan kuman penyakit

 

4. Leptospirosis

Gejala-Gejalanya :

  • Demam
  • Sakit otot (terutamanya otot betis)
  • Mata merah
  • Merasa mual dan muntah
  • Mata berwarna kuning

Penyebab :

  • Disebabkan oleh bakteria leptospira
  • Disebarkan daripada binatang kepada manusia
  • Melalui air kencing tikus contohnya

 

Pencegahan Penyakit Musim Hujan

oie_Cr7nUyW9sQRh

Antara langkah pencegahannya ialah menjaga kebersihan dari pelbagai segi. Sebagai contoh adalah melalui amalan sentiasa mencuci tangan sebelum melakukan sesuatu perkara. Hal ini sangat penting terutamanya bagi mereka yang sering memasak di dapur. Selain itu persekitaran rumah juga hendaklah sentiasa dijaga. Pastikan tiada tempat untuk air bertakung.

Ini bertujuan bagi mengelakkan terjadinya tempat-tempat pembiakan nyamuk yang boleh membawa kesan yang buruk pada kita. Disamping itu, kita juga hendaklah sentiasa menjaga daya tahan tubuh badan kita agar sentiasa kuat untuk melawan segala macam penyakit. Ini dapat diperoleh melalui pemakanan yang seimbang serta waktu tidur yang mencukupi.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *