Penyakit Neurosis

oie_AHkYpX6u2rnY

Salam rabu semua, tajuk artikel kita pada hari ini adalah mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit neurosis. Perkataan neurosis berasal daripada bahasa Yunani iaitu neuron yang bermaksud saraf dan osis. Neurosis adalah suatu gangguan perasaan dan gerakan yang disebabkan oleh kelainan saraf. Secara mudahnya, neurosis bermaksud gangguan mental pada sebahagian kecil aspek keperibadian pesakit.

Walaupun begitu, pesakit neurosis tetap dapat melakukan rutin harian mereka seperti biasa serta tidak memerlukan mereka untuk berada di hospital.

 

Gejala-Gejala Neurosis

  • Keinginan yang berlebihan
  • Berfikiran negatif
  • Gelisah
  • Selalu merasa kekurangan
  • Ketakutan yang berlebihan
  • Sesak nafas
  • Mudah tersinggung atau marah
  • Sakit kepala

 

Faktor Penyebab Neurosis

Terdapat pelbagai faktor yang dapat menyebabkan seseorang itu mengalami neurosis. Antaranya adalah seperti stress mental dan fizikal yang berlebihan, mengalami tekanan emosi yang sangat menyakitkan, mempunyai banyak masalah yang tidak diselesaikan, jadual kerja yang terlalu banyak sehingga tidak mempunyai masa yang cukup untuk berehat, dan lain-lain lagi.

Selain itu, faktor seperti penyalahgunaan alkohol dan ubat-ubatan turut mampu menjadi penyebab kepada neurosis.

 

Rawatan Penyakit Neurosis

Rawatan utama bagi penyakit ini adalah dengan menjalani psikoterapi. Ini kerana, dengan menjalani psikoterapi, pesakit dapat dibantu untuk mencari apa punca masalah yang dihadapi mereka. Apabila punca masalah ini dapat dikenalpasti, pesakit dapat mengurangkan beban yang dialami mereka. Ini secara tak langsung dapat mengubati masalah gangguan jiwa yang dialami mereka.

Rawatan menggunakan ubat-ubatan juga ada. Akan tetapi ia hanya memberikan kesan kesembuhan sementara sahaja dan sekiranya pesakit mengambil ubat-ubatan dengan tanpa kawalan, ini dapat mengundang pelbagai masalah lain yang dapat menjadikan neurosis pesakit lebih teruk.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=penyakit+neurosis

http://www.kerjanya.net/faq/5917-neurosis.html

http://doktersehat.com/psikologis-kesehatan-mental-gangguan-neurosis/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *