Penyakit Noma
Salam khamis semua. Artikel yang ingin dikongsikan pada hari ini adalah mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit noma. Antara nama lain bagi penyakit ini adalah seperti penyakit jangkitan tisu mulut. Seiring dengan namanya, penyakit ini ternyata dapat merosakkan tisu mulut (orofasial) pesakit serta struktur di sekitarnya.
Selain kawasan mulut, noma juga mampu merebak ke bahagian lain yang berdekatan. Sekiranya ia tidak diendahkan atau dirawat, noma mampu menjadi semakin serius hingga merebak ke bahagian jantung dan organ-organ penting lain.
Gejala-Gejala Noma
Antara gejala bagi penyakit ini adalah seperti kerosakan pada bahagian bibir, tepi mulut, hidung, pipi dan kadang kala pada bahagian kelopak mata bahagian bawah yang biasanya dimulai dengan kesan luka yang menghitam. Selain kulit, noma juga mampu menjadikan tisu tulang pada bahagian wajah menjadi rosak. Pesakit juga akan mengalami kesukaran untuk menelan makanan kerana kerosakan yang terjadi pada bahagian otot mengunyah.
Komplikasi Noma
- Dehidrasi
- Sepsis (jangkitan yang teruk)
- Gangguan pernafasan
- Kelainan pada struktur wajah
- Stress disebabkan keadaan fizikal wajah
Rawatan Noma
Rawatan bagi mengatasi jangkitan tisu mulut dapat dilakukan melalui pengambilan antibiotik, cairan mencegah dehidrasi, makanan melalui infus dan mengatasi kesan-kesan luka. Bagi keadaan muka pesakit yang sudah teruk dirosakkan oleh penyakit ini. Pesakit dapat menjalani pembedahan plastik bagi memperbaiki wajah dan sendi rahang pesakit yang telah rosak.
Langkah Mengatasi Noma
Langkah bagi mengatasi penyakit noma dapat dilakukan dengan mendapatkan keperluan pemakanan yang sihat dan seimbang. Elakkan juga daripada mengalami sebarang dehidrasi dengan memastikan pengambilan air yang mencukupi. Sekiranya anda mengalami sebarang kecederaan luka, pastikan dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu sebelum menyapu luka dengan bahan tertentu.
Ini bertujuan supaya mengelakkan luka dari mengalami sebarang jangkitan. Yang mana penyebab utama kepada penyakit ini adalah disebabkan jangkitan bakteria Fusobacterium necrophorum.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=penyakit+noma
https://www.liputan6.com/health/read/654113/noma-penyakit-yang-lebih-kejam-ketimbang-aids
https://www.klikdokter.com/penyakit/noma