Penyakit Osteoporosis!
Salam sejahtera buat semua para pembaca sekalian. Hari ini kita akan berkongsi info kesihatan berkenaan dengan “Osteoporosis”. Ok, ada tak sesapa yang tahu apa itu osteoporosis? Yea, ia merupakan sejenis penyakit yang melibatkan tulang seseorang itu. Secara umumnya ialah, ia merupakan sejenis penyakit tulang di mana kepadatan tulang seseorang itu semakin menurun.
Penyakit ini lebih sering dihidapi oleh mereka yang telah lanjut usianya. Akan tetapi, terdapat pelbagai lagi sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami osteoporosis selain daripada faktor umur. Menurut kajian, kepadatan tulang yang menurun bagi pesakit osteoporosis adalah berkaitan dengan liang yang terdapat pada tulang sehingga menyebabkannya menjadi rapuh.
Jenis-Jenis Osteoporosis
- Osteoporosis Primer – Disebabkan kekurangan hormon estrogen
- Osteoporosis Sekuder – Disebabkan penyakit-penyakit seperti ginjal kronis, gangguan hormonal, ubatan tertentu, dll
- Osteoporosis Idiopatik – Tidak mempunyai faktor penyebab yang jelas.
Osteoporosis lebih sering terjadi pada wanita berbanding lelaki. Ini kerana, wanita mempunyai kepadatan tulang yang lebih rendah sekiranya dibandingkan dengan lelaki. Antara bahagian-bahagian yang sering terjadi osteoporosis ialah bahagian pinggul, pergelangan tangan dan tulang belakang. Hal ini disebabkan kerana, kurangnya tulang baru yang terbentuk.
Kekurangan Hormon
Faktor ini berbeza diantara lelaki dan juga wanita. Bagi lelaki, kekurangan hormon androgen dapat membuatkan mereka mengalami osteoporosis manakala bagi wanita pula, kekurangan hormon estrogenlah yang dapat membuatkan mereka mengalami osteoporosis.
Faktor Penyebab Osteoporosis
- Usia semakin lanjut
- Masalah hormon
- Pola makan yang tidak elok
- Keturunan
- Ubat-ubatan yang tertentu
- Perokok tegar
- Kaki botol
Pesakit osteoporosis sangat perlu berhati-hati, ini kerana sekiranya mereka terjatuh, atau mengalami sebarang kemalangan, tulang mereka akan lebih mudah untuk patah. Untuk pengetahuan kita semua, setiap saat sebenarnya kita mengalami pembentukan sel tulang baru dan sel tulang yang lama pula akan dibuang dari tubuh badan kita.
Gejala Osteoporosis
- Sakit pada bahagian punggung kesan daripada tulang belakang
- Ketinggian tubuh badan yang semakin berkurang
- Postur tubuh yang membongkok
Bagi kanak-kanak, kecepatan proses pembentukan sel tulang baru adalah lebih cepat berbanding hilangnya sel tulang. Ini membuatkan sel tulang kanak-kanak menjadi semakin panjang dan besar.
Apabila kita mulai meningkat dewasa, proses pembentukan sel tulang serta kehilangan sel tulang berada pada kadar seimbang dan seterusnya…
Proses pembentukan sel tulang mulai menurun seiring dengan bertambahnya usia seseorang itu. Kesan daripada perkara ini, jumlah sel tulang pun akan menjadi sedikit serta tulang mulai mejadi lemah.
Langkah Pencegahan
- Memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi
- Memastikan pengambilan Vitamin D mencukupi
- Menetapkan jadual bersenam yang teratur
- Elakkan daripada merokok atau minum minuman beralkohol
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html