Penyakit Paru-paru Kronik COPD
Selamat bekerja semua, macam mana cuti 3 hari ni? Ada yang pergi tempat-tempat menarik ke? 🙂 Bagi yang sudah mula bekerja, selamat bekerja dan bagi yang masih bercuti, enjoy your holiday ye. Hari ini tcm nak kongsikan berkenaan penyakit paru-paru kronik (COPD). COPD merupakan sejenis penyakit pulmonari (paru-paru) obstruktif (saluran pernafasan tersekat akibat bengkak atau parut) kronik (keadaan yang berterusan untuk jangka masa panjang) bukan sekadar batuk biasa.
Lebih membimbangkan apabila penyakit yang sering gagal dikesan pada peringkat awal ini mampu menyebabkan kematian. Walaubagaimanapun, penyakit ini bukan sejenis penyakit tunggal. Akan tetapi, ia merupakan istilah umum yang digunakan bagi menggambarkan penyakit paru-paru kronik yang menyebabkan saluran pernafasan terbatas.
Tiga Keadaan Paru-Paru Pesakit COPD
- Emfisema : Paru-paru yang biasanya bersifat elastik menjadi kaku dan sukar untuk bergerak menyebabkan pertukaran udara du paru-paru tidak berjalan dengan sempurna.
- Bronchitis Kronik : Berlakunya keradangan pada dinding cabang saluran pernafasan menyebabkan lubang pernafasan menjadi lebih sempit dan menghasilkan kahak yang berlebihan.
- Asthma Kronik : Mengalami sesak nafas secara berterusan
Gejala-Gejala COPD
- Sesak nafas terutama sekali selepas bersukan
- Pada keadaan yang lebih terus, pesakit turut sesak nafas walaupun ketika berehat
- Wheezing : nafas suara yang tinggi
- Batuk
- Badan lemah dan tidak bertenaga
- Cyanosis : Selaput bibir dan kulit berwarna kebiruan
- Sangat mudah mengalami jangkitan pada paru-paru
Terdapat beberapa faktor yang dapat mendorong seseorang itu untuk mengalami COPD. Antaranya adalah seperti tabiat merokok atau menghidu asap rokok. berada di tempat yang mempunyai debu-debu yang tertentu seperti debu kimia, debu kayu dan lain-lain debu yang berkatitan. Selain itu, kelainan genetik juga turut menjadi salah satu faktor pendorong.
Komplikasi-Komplikasi COPD
- Jangkitan paru-paru
- Pneumonia
- Kelainan Jantung
- Osteoporosis
- Bengkak pada bahagian kaki dan pergelangannya
- Kemurungan
Langkah Mengatasi COPD
Kesimpulannya, seperti yang kita dapat lihat diatas, COPD dapat menyebabkan pelbagai komplikasi kepada kehidupan pesakit. Kebanyakan pesakit mengambil sikap tunggu untuk berjumpa dengan doktor sehinggalah batuk mereka menjadi semakin teruk. Malah ada juga yang mengabaikan batuk atau masalah pernafasan ringan bertahun lamanya. Jom kita tengok langkah-langkah bagi mengatasi COPD.
- Berhenti merokok serta elakkan dari terhidu asap rokok
- Melakukan senaman secara rutin
- Makan makanan yang sihat
- Banyakkan beristirehat
- Minum air secukupnya
- Elakkan dari berada di persekitaran yang berdebu
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=penyakit+copd
http://www.informasimedika.com/jenis-penyakit/sistem-pernafasan/penyakit-tbc
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1111&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm