Penyakit Sarcoidosis

oie_0ohmmbj7m3lu

Hai semuanya, apa khabar? Artikel yang akan dikongsikan hari ini berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai “sarcoidosis”. Apa itu sarcoidosis? Ia adalah sejenis penyakit yang menyebabkan terjadinya keradangan pada bahagian paru-paru seseorang itu. Selain daripada paru-paru, keradangan juga dapat terjadi pada beberapa bahagian lain lagi. Contohnya seperti :

  • Kulit
  • Mata
  • otak
  • Jantung
  • Tulang

 

Penyebab Penyakit Sarcoidosis

Penyebab kepada penyakit ini masih lagi belum dapat dikenalpasti. Akan tetapi, terdapat sesetengah orang yang berpendapat bahawa ianya terjadi disebabkan oleh virus atau jangkitan bakteria. Walaupun begitu, maklumat tersebut masih belum dapat disahkan dengan tepat. Oleh itu, penyebab utama kepada penyakit ini masih lagi belum dikenalpasti hingga kini.

 

Gejala-Gejala Sarcoidosis

Gejala-gejala yang dialami penderita sarcoidosis mungkin berbeza-beza mengikut keadaan individu itu sendiri. Berikut antara gejala-gejala yang dialami oleh penderita sekiranya sarcoidosis terjadi pada bahagian paru-paru.

  • Sakit pada bahagian dada
  • Mengalami sesak nafas
  • Hidung tersumbat
  • Suara menjadi serak
  • Batuk yang tidak sembuh

Berikut disenaraikan juga antara gejala-gejala umum yang berpotensi dialami oleh penderita sarcoidosis. Antaranya ialah :

  • Selera makan berkurangan
  • Sering berpeluh di waktu malam
  • Penglihatan menjadi kabur atau tidak jelas
  • Rasa sakit pada bahagian sendi
  • Anemia

 

Faktor Pendorong Sarcoidosis

Faktor pendorong yang pertama ialah berkenaan dengan sejarah keluarga. Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang menghidapi sarcoidosis berpotensi tinggi untuk turut menghidapinya. Fakor kedua pula ialah berkenaan dengan usia dan juga jantina. Sarcoidosis sering ditemui pada mereka yang berusia 20-40 tahun. Untuk jenis jantina, wanita mempunyai risiko lebih besar berbanding lelaki.

Faktor pendorong yang lain pula adalah seperti jenis bangsa atau keturunan seseorang itu. Bangsa Afrika-Amerika memiliki rekod menghidapi sarcoidosis yang lebih tinggi berbanding bangsa lain.

 

Komplikasi Sarcoidosis

Antara komplikasi-komplikasi yang berpotensi dialami oleh penderita sarcoidosis adalah seperti :

Paru-Paru : Menyebabkan kerosakan tisu pada paru-paru sehingga membuatkan penderita merasa sukar untuk bernafas.

Mata : Antara komplikasi yang dapat terjadi pada bahagian mata adalah seperti glaukoma dan katarak.

Ginjal : Mempengaruhi tubuh badan di dalam menggani kalsium hingga membuatkan terjadinya kegagalan pada ginjal.

Jantung : Mampu membuatkan degupan jantung menjadi tidak normal hingga mampu mengancam nyawa penderita.

Sistem saraf : Keradangan yang terjadi pada saraf wajah dapat membuatkan penderita mengalami keumpuhan wajah.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=Penyakit+Sarkoidosis

http://www.sehatfresh.com/sarkoidosis/

http://www.amazine.co/18277/sarcoidosis-definisi-gejala-penyebab-pengobatannya/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *