Penyakit Sopak
Salam sejahtera buat semua yang membaca. Tajuk yang akan dibincangkan pada hari ini adalah mengenai sejenis penyakit kulit. Penyakit tersebut dikenali sebagai penyakit “Sopak”. Di dalam istilah perubatan, penyakit ini dikenali sebagai Vitiligo. Akan tetapi, di dalam masyarakat kita, kita lebih mengenali penyakit tersebut dengan panggilan penyakit sopak.
Penyakit sopak dapat membuatkan penghidapnya mempunyai kulit yang bertompok-tompok putih tanpa mempunyai pigmen (warna). Pakar perubatan berpendapat perkara ini terjadi akibat daripada masalah pigmentasi. Di mana, sel-sel yang menghasilkan pigmen (melanosit), dirosakkan oleh auto antibody atau antibodi yang dihasilkan oleh pesakit itu sendiri.
Jenis2 Penyakit Sopak (Vitiligo) :
- Umum (Generalized)
- Setempat (Local)
- Bersegmen (Segmental)
- Acrofacial
- Umum (Universal)
Selain daripada mempengaruhi kulit seseorang itu dengan tompok putih. Penyakit sopak juga mampu mempengaruhi kawasan-kawasan lain seperti rambut, bulu kening, misai, bulu roma dan sebagainya. Walaupun penyakit ini tidak mendatangkan kesan seperti gatal atau sakit ataupun sehingga mengancam nyawa. Ianya dapat merosakkan kehidupan penghidapnya.
Ini kerana, sekiranya penyakit tersebut terjadi pada bahagian muka atau mana-mana bahagian yang tidak boleh ditutup, ia akan membuatkan pesakit merasa malu atau rendah diri untuk bergaul dengan orang ramai disebabkan keadaan fizikal mereka yang berbeza. Penyakit ini dapat terjadi kepada sesiapa saja tanpa mengira faktor usia atau jantina.
Punca Penyakit Sopak
- Faktor keturunan
- Antibodi yang dihasilkan badan, menyerang sel melanosit itu sendiri.
- Sering stress atau selalu tertekan
- Pendedahan yang terlalu lama kepada cahaya matahari sehingga menyebabkan “sunburn”
- Kemusnahan melanosit secara semulajadi
Terdapat pelbagai perkara yang dapat menyebabkan terjadinya penyakit sopak. Menurut kajian yang terkini, rekod menunjukkan penyakit ini menyerang sekitar 3 peratus populasi. Iaitu sebanyak 3 daripada setiap 100 orang akan mengalami penyakit ini. Walaupun semua orang berisiko menghidapi penyakit ini, penyakit sopak lebih sering terjadi pada mereka yang berumur bawah 20-an.
Oleh kerana disalah anggap oleh masyarakat sebagai penyakit berjangkit, penderita sopak biasanya akan cuba menjauhkan diri kerana dikhuatiri dapat menimbulkan ketidakselesaan di kalangan orang ramai. Penyakit sopak sebenarnya adalah sejenis penyakit yang tidak berjangkit. Jadi marilah kita bersama-sama memberikan semangat serta membantu mereka agar tidak merasa asing.
Tanda Bagi Penghidap Sopak
- Munculnya tompokan putih pada kulit. (Biasanya berlaku pada bahagian yang terdedah pada cahaya matahari)
- Boleh juga terjadi di kawasan lain yang tersembunyi seperti celah ketiak, lubang hidung serta organ seks
- Kadangkala sopak dapat merebak dengan cepat dan kadangkala dengan lambat
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html