Penyakit Trichinosis
Selamat petang semua, artikel yang akan dikongsikan pada hari ini adalah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai “trichinosis”. Trichinosis adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan cacing parasit yang hidup di dalam usus haiwan terutamanya babi. Walaupun begitu, babi bukanlah menjadi sumber utama buat penyakit ini lagi.
Akan tetapi, daging beruang merupakan sumber utama penyakit ini buat masa kini.
Gejala-Gejala Trichinosis
Pada peringkat awal :-
- Mengalami cirit-birit (diarrhea)
- Mengalami demam ringan
- Mual serta muntah-muntah
- Sering merasa kelelahan
- Merasa tidak selesa pada bahagian perut
Selepas 7-10 Hari :-
- Kelopak mata serta wajah menjadi bengkak
- Merasa sakit kepala
- Mengalami kesesakan nafas
- Badan terasa lemah dan mengalami demam panas
- Sensitif terhadap cahaya
Faktor Penyebab Trichinosis
Penyebab utama kepada penyakit trichinosis adalah disebabakan oleh sejenis cacing parasit yang dikenali dengan panggilan ‘trichinella spiralis’. Cacing ini boleh didapati di dalam daging haiwan liar. Contohnya seperti beruang, babi, serigala, anjing, kuda, anjing laut dan walrus. Jadi, bagaimana seseorang itu boleh dijangkiti oleh penyakit ini yea? Jom teruskan bacaan anda.
Bagaimana Anda Boleh Dijangkiti?
Anda dapat dijangkiti penyakit ini apabila anda :-
- Makan daging mentah yang telah pun dijangkiti parasit penyakit ini
- Setelah itu, larva akan mula masuk ke dalam usus anda
- Seterusnya ia akan berkembang menjadi cacing di dalam masa beberapa minggu sahaja.
- Cacing tersebut akan mula menghasilkan larva di dalam usus anda
- Akhir sekali, ia akan mula tersebar ke seluruh tisu tubuh badan anda termasuklah otot.
Faktor Pendorong Trichinosis
- Seseorang yang gemar makan daging mentah atau setengah matang
- Seseorang yang makan daging haiwan liar
- Seseorang yang tinggal dikawasan pendalaman
Langkah Mencegah Trichinosis
Tips pencegahan yang perlu kita amalkan ialah dengan memasak daging hingga ia betul-betul masak. Ataupun anda boleh memasaknya dengan suhu sehingga 145ºF. Bagi daging babi pula hendaklah dimasak sekurang-kurang dengan suhu sehingga 160ºF. Paling penting sekali adalah anda elakkan daripada makan sebarang daging yang berpotensi mendorong kepada penyakit ini.
Info tambahan : Larva juga biasanya akan mati apabila daging dibekukan pada suhu -15ºC atau -20ºC selama satu hari.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
http://www.referensisehat.com/2016/02/trikinosis-infeksi-cacing-trichinella.html
https://hellosehat.com/penyakit/trikinosis/
http://www.terapisehat.com/2010/09/trikinosis-infeksi-akibat-parasit-pada.html