Penyakit Typhoid Fever
Salam jumaat semua, penyakit yang akan dikongsikan oleh tcm pada pagi ini ialah sejenis penyakit yang dikenali sebagai typhoid fever. Typhoid fever juga turut dikenali sebagai demam tifoid. Ia merupakan sejenis penyakit jangkitan sistemik bersifat akut yang disebabkan oleh Salmonella typhi atau Salmonella paratyphi. Bakteria tersebut dapat ditemui pada air atau makanan yang tercemar.
Typhoid fever sering dialami oleh kanak-kanak, akan tetapi ia juga dapat dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.
Gejala-Gejala Typhoid Fever
Gejala typhoid fever biasanya muncul setelah 1 hingga 3 minggu pesakit dijangkiti penyakit ini.
- Demam pada suhu yang rendah akan tetapi meningkat pada setiap harinya hingga mampu mencecah 40°C
- Merasa sakit pada bahagian otot
- Mengalami batuk kering
- Sembelit atau diarrhea
- Hilang selera makan dan berat badan
- Sakit kepala
- Mengalami ruam pada bahagian kulit
- Bahagian perut membengkak
Faktor Pendorong Typhoid Fever
Antara faktor yang dapat mendorong seseorang itu menghidapi typhoid fever adalah satu kerana makan makanan atau minum minuman yang tercemar dari penderita typhoid fever. Kedua, berada pada kawasan yang dikenalpasti mempunyai wabak typhoid fever. Ketiga adalah kerana dijangkiti oleh bakteria salmonella typhi.
Keempat adalah kerana bekerja sebagai peneliti mikrobiologi yang mengkaji berkenaan bakteria salmonella typhi. Kelima, disebabkan oleh sistem ketahanan tubuh badan yang lemah disebabkan ubat tertentu seperti kortikosteroid atau penyakit seperti HIV/AIDS.
Komplikasi Typhoid Fever
- Pendarahan pada usus yang disebabkan oleh penembusan
- Jangkitan pundi hempedu (cholecystitis)
- Hepatitis
- Gangguan otak (encephalopathy)
Langkah Mengubati Typhoid Fever
Antara cara yang efektif bagi mengubati typhoid fever adalah dengan mendapatkan terapi antibiotik seperti :
- Ciprofoxacin (Cipro) jika anda tidak hamil
- Ceftriaxone (Rocephin) untuk kanak-kanak
Antara rawatan lain pula ialah :
- Minum banyak air kosong bagi mengelakkan dari mengalami dehidrasi akibat demam dan diarhea yang berpanjangan
- Pembedahan bagi merawat usus yang berlubang
Langkah Pencegahan Typhoid Fever
- Sering mencuci tangan terutamanya sebelum dan selepas makan
- Elakkan dari minum air yang tidak diproses
- Elakkan juga minum air dengan kiub ais yang tidak tahu datang dari mana
- Elakkan dari makan buah dan sayuran mentah
- Pilih makanan yang panas
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=penyakit+typhoid
https://hellosehat.com/penyakit/tifus-demam-tifoid/
http://www.autoimuncare.com/penyakit-typhoid-fever-itu-apa/