Plantar Fasciitis

oie_c6vnb9e3gcuz

Tajuk artikel kita pada hari ini adalah berkenaan dengan suatu keadaan yang dikenali sebagai “Plantar Fasciitis”. Plantar fasciitis adalah suatu keadaan di mana seseorang itu mengalami keradangan pada plantar fascia. Plantar fascia pula adalah tisu saraf yang padat dan kuat (ligamen) yang terdapat disepanjang tapak kaki. Tisu tersebut merupakan penghubung diantara tulang jari kaki dan juga tulang tumit.

Mereka yang mengalami plantar fasciitis kebiasaannya akan merasa sakit yang menusuk pada bahagian tumit mereka. Ianya dapat terjadi ketika langkah pertama pada permulaan hari atau ketika berdiri terlalu lama atau juga setelah mereka bangun dari duduk untuk tempoh masa yang agak lama.

 

Penyebab Plantar Fasciitis

Plantar fascia adalah sekumpulan saraf yang berfungsi sebagai penyerap tekanan yang diterima daripada bahagian kaki kita. Apabila plantar fascia menjadi terlalu tegang dan terjadi secara berulang kali, keadaan ini seterusnya menyebabkan terjadinya keradangan pada saraf tersebut. Keradangan yang terjadi tersebut dikenali sebagai plantar fasciitis.

 

Faktor Pendorong Plantar Fasciitis

  • Usia : Plantar fasciitis sering ditemui pada mereka yang berusia 40 -60 tahun.
  • Jenis Aktiviti Tertentu : Aktiviti-aktiviti yang dapat memberikan tekanan yang tinggi pada tumit adalah seperti berlari, menari balet dan aerobik.
  • Obesiti : Berat badan yang berlebihan mampu menyebabkan tekanan yang tinggi pada plantar fascia.
  • Jenis Pekerjaan : Pekerjaan yang memerlukan seseorang itu untuk berdiri untuk tempoh masa yang lama seperti cikgu atau pekerja kilang.
  • Saiz Kasut : Saiz kasut yang terlalu kecil juga mampu menyebabkan tekanan yang berlebihan pada kaki.

 

Gejala-Gejala Plantar Fasciitis

Gejala utama bagi plantar fasciitis adalah rasa sakit yang menusuk pada bahagian tumit. Ia dapat terjadi pada sebelah atau kedua-dua belah kaki secara serentak. Penderita, kebiasaannya terasa sakit pada bahagian tumit mereka sewaktu langkah pertama setelah bangun pagi. Oleh itu, sekiranya anda merasa sakit pada bahagian tumit ketika berdiri setelah bangun pagi, segeralah lakukan pemeriksaan.

Amat penting sekali untuk anda lakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan bagi mengubati keadaan anda. Ini kerana, plantar fasciitis yang tidak mendapat sebarang rawatan dapat membuatkan penderitanya mengalami lain-lain gangguan pada kaki, lutut, pinggul atau punggung.

 

Langkah Pencegahan Plantar Fasciitis

  • Gunakan kasut yang sesuai dengan saiz kaki anda.
  • Kawal berat badan anda dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
  • Pilih aktiviti senaman yang tidak memberi tekanan yang tinggi pada kaki.
  • Lakukan senaman ringan seperti regangan pada kaki anda
  • Elakkan daripada bersukan dengan kasut sukan yang telah rosak.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=apa+itu+plantar+fasciitis

http://www.alodokter.com/plantar-fasciitis

http://www.sehatfresh.com/nyeri-tumit/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *