Pneumococcal
Terdapat pelbagai jenis penyakit yang wujud pada zaman sekarang. Tanpa mengira peringkat umur ataupun jantina, sesiapa sahaja boleh dijangkiti sebarang penyakit. Lebih menyedihkan sekiranya penyakit tersebut menjangkiti kanak-kanak kecil ataupun bayi yang baru dilahirkan. Penderitaan yang ditanggung mereka, tidak dapat kita bayangkan.
Hari ini kita akan bincangkan mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Pneumococcal (PnD)”. PnD adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan jangkitan paru-paru. Disebabkan oleh simptom-simptomnya yang kelihatan biasa, ia membuatkan penyakit ini lebih sukar dikenal pasti serta dapat menjadi lebih serius dan berbahaya tanpa rawatan awal.
PnD telah dikenal pasti seluruh dunia sebagai penyakit yang berisiko tinggi menjadi punca kepada kematian lebih daripada satu juta kanak-kanak yang berusia di bawah lima tahun. Selain daripada itu, PnD juga dapat meninggalkan kesan sampingan yang kekal terhadap mereka yang mengalaminya. Antara kesan-kesan tersebut ialah:
- Mengalami Kerosakan Otak
- Mengalami Terencat Mental
- Menjadi Pekak
- Lemah Pertuturan
- Mengalami Kelumpuhan
PnD disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Streptococcus Pneumoniae. Hal ini menjadi lebih membimbangkan apabila kajian mendapati bakteria yang menyebabkan PnD telahpun menjadi kebal terhadap antibiotik. Secara tidak langsung, ini membuatkan pencegahan dan rawatan bagi penyakit ini juga menjadi semakin sukar untuk dibendung.
Simptom-Simptom PnD
- Demam panas
- Batuk dengan atau tanpa kahak
- Kulit pucat
- Sakit dada
- Tangan serta kaki menjadi sejuk
- Tidak berselera untuk makan
- Pernafasan menjadi laju serta sukar bernafas
- Muntah atau cirit-birit
- Merasa tidak sihat
- Tekanan darah rendah
PnD dapat disebarkan melalui mereka yang menghidapi penyakit ini serta yang mempunyai bakteria-bakteria tersebut pada tekak mereka. Pada sesetengah orang, mereka hanya menjadi pembawa kepada bakteria tersebut di dalam tekak mereka tanpa mendapat sakit. Ianya disebarkan daripada titisan-titisan pernafasan dari hidung atau mulut mereka.
Langkah Pencegahan PnD
- Mendapatkan vaksinasi seawal mungkin
- Sentiasa menjaga kebersihan anak-anak
- Pastikan tempat permainan anak-anak bersih dan sihat
- Menjaga kebersihan persekitaran
- Jauhkan anak-anak daripada mereka yang menderita penyakit ini
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html