Pulmonari Embolisme

oie_HyUV08FHlCLr

Apa itu Pulmonari embolisme (PE)? Kita mungkin pernah terdengar perkataan ini disebut kepada kita. Tapi, tahukah kita akan bahayanya penyakit ini ? Ia adalah salah satu penyakit yang boleh membawa maut. Jadi, amatlah penting bagi kita untuk mengetahui apa itu penyakit yang bernama Pulmonari Embolisme ini serta langkah-langkah pencegahannya. PE adalah suatu penyakit yang terjadi akibat terdapat sekatan secara tiba-tiba dalam arteri di bahagian paru-paru. Kebiasaannya penyakit ini berlaku akibat daripada darah beku yang datang daripada bahagian tubuh badan yang lain. Darah beku tersebut boleh mula terjadi di kaki, pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung dll. Apabila darah beku tersebut bergerak dan tersekat dalam arteri di paru-paru maka PE akan terjadi. Namun, tidak semuanya berpunca daripada darah beku. Ada sesetengah kes yang jarang berlaku, ianya berpunca daripada lemak atau tisu dari tumor yang mungkin terkumpul dalam arteri di paru-paru.

 

PE juga adalah kesan daripada penyakit yang dikenali sebagai Deep Vein Thrombosis (DVT). DVT pula adalah darah beku yang terbentuk di dalam pembuluh darah dalam (Deep veins). DVT lebih kerap terjadi pada bahagian kaki. Darah beku boleh pecah, ianya dikenali sebagai “embolus”, setelah pecah ia boleh mengalir ke arteri dalam paru-paru dan seterusnya menyekat pengaliran darah. Walaupun begitu, tidak semua darah beku boleh menyebabkan PE. Contohnya, darah beku pada bahagian dalam peha lebih mudah menyebabkan terjadinya PE daripada mana-mana bahagian tubuh badan yang lain. Manakala, darah beku yang terjadi di dalam vena-vena berdekatan dengan permukaan kulit, tidak akan menyebabkan PE. Kaki yang mengalami darah beku akan menunjukkan tanda-tandanya.

 

Antara tanda2 darah beku di kaki :

  1. Peningkatan rasa panas pada kawasan kaki yang membengkak dan sakit.
  2. Pembengkakan pada kaki atau sekeliling vena di dalam kaki
  3. Terasa sakit dan pedih pada kaki hanya ketika berdiri atau jalan
  4. Kemerahan pada kulit kaki

 

Terdapat perbagai sebab yang boleh menyebabkan terjadinya darah beku. Antaranya ialah, lumpuh, kecederaan, kehamilan, kegagalan jantung berfungsi, barah tertentu dll. Faktor utama yang menyebabkan darah beku adalah, sesuatu yang menyebabkan darah seseorang itu gagal mengalir. Contohnya seperti rehat di atas katil yang berpanjangan, seperti tinggal dihospital untuk suatu tempoh yang lama.

 

Antara gejala2 PE adalah :

  1. Batuk yang mengeluarkan darah
  2. Rasa sakit apabila bernafas dalam
  3. Pernafasan yang cepat dan degupan jantung laju
  4. Kesukaran nafas yang tidak dapat dijelaskan

 

Rawatan Alternatif : Chinese Master Tole

Bagi yang menghidapi masalah ini, masih ada jalan buat mengubati sakit anda. Di The Tole Acupuncture Herbal-Medical Center, mereka amat berpengalaman di dalam mengubati penyakit seperti ini. Mereka menggunakan teknik rawatan alternatif beserta ubat-ubatan herba yang sangat tinggi khasiatnya tanpa sebarang kesan sampingan yang boleh membahayakan kesihatan. Saya sangat2 mencadangkan anda untuk berkunjung ke sana. Jika bukan untuk diri anda. Lakukanlah buat yang tersayang. :)

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *