Rheumatoid Arthritis
Rheumatoid arthritis adalah sejenis penyakit yang menyerang sekitar 1-3% penduduk di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat lebih kurang satu peratus daripada seluruh penduduknya diserang oleh penyakit ini. Manakala, di negara kita Malaysia pula, lebih kurang 5 daripada 1000 rakyat Malaysia diserang oleh penyakit ini. Apa itu rheumatoid arthritis? Adakah ia berbahaya? Rheumatoid arthritis adalah sejenis penyakit yang menyebabkan radang sendi serta lebih berisiko tinggi untuk menyerang wanita daripada lelaki. Radang sendi kebiasaannya mempunyai tanda seperti kemerahan, rasa panas, bengkak dan sakit di dalam sendi. Selain itu, rheumatoid arthritis juga merupakan radang sendi yang sering terjadi pada sendi di kedua sisi tubuh seperti pergelangan tangan, tangan serta lutut. Perkara inilah yang dapat membezakannya daripada arthritis yang lain. Selain daripada mempengaruhi sendi, rheumatoid arthritis juga boleh mempengaruhi paru-paru, kulit, mata, darah, saraf ataupun jantung.
Peratusan untuk diserang oleh penyakit ini akan lebih meningkat apabila seseorang itu memasuki usia 30 hingga 50 tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat serangan penyakit ini. Disebabkan kesannya yang boleh dikatakan agak kronik sekiranya diserang oleh penyakit ini. Pasti ramai tertanya-tanya, apakah punca terjadinya rheumatoid arthritis ini. Punca utama terjadinya penyakit ini, masih belum dapat dipastikan dengan tepat. Namun, kebanyakan kajian yang dibuat mengaitkan penyakit ini dengan tindak balas auto-imun. Oleh itu, rheumatoid arthritis dikategorikan sebagai salah satu penyakit auto imun. Ini kerana terdapat sel-sel tertentu pada sistem imun akan mengalami kerosakan dan seterusnya akan menyerang sendi yang sihat. Selain dari itu, genetik juga terlihat mampu untuk menyumbang kepada terjadinya penyakit ini.
Gejala2 Rheumatoid Arthritis :
- Mengalami sakit dan bengkak pada sendi kecil seperti di tangan dan kaki
- Kesakitan dan kekakuan pada sendi dan otot terjadi apabila selepas tidur dan selepas haid
- Sukar untuk menggerakkan sendi serta hilang kekuatan pada otot yang telah dijangkiti
- Terdapat ketulan kecil (nodul rheumatoid) yang mungkin terbentuk di bawah siku, tangan, atas lutut, kaki, tumit serta belakang kulit kepala
- Fleksibiliti sendi akan terbatas serta terhad dengan bengkak atau kecacatan yang terjadi pada sendi tersebut
Walaupun begitu, gejala-gejala rheumatoid arthritis tidaklah sama pada setiap orang. Pada sesetengah orang, gejala sendi berkembang secara bertahap selama beberapa tahun. Manakala, sesetengah yang lainnya pula, ia dapat berkembang dengan cepat sekali. Malah ia juga biasa berubah seiring dengan berjalannya waktu. Rheumatoid arthritis hendaklah segera diubati, ini kerana jika penyakit tersebut bertambah parah, gejala-gejala yang berlaku pada sendi-sendi atau otot-otot yang tertentu boleh tersebar ke bahagian tubuh badan yang lainnya. Bagi mereka yang menghadapi masalah ini, saya cadangkan anda untuk melapangkan masa anda dan berkunjung ke The Tole Acupuncture Herbal Medical Center. Segeralah untuk mengubati sakit anda sebelum ianya bertambah serius. Semakin pantas tindakan anda, semakin tinggi dan cepat peluang anda untuk sembuh. Tambahan lagi, Tole Acupuncture merupakan sebuah pusat rawatan alternatif yang sangat-sangat berpengalaman di dalam mengubati penyakit seperti ini.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html