Sakit Kepala

Hye 🙂

Apa khabar kengkawan semua..harap semuanya sihat dan ceria selalu la ya.. berkenaan dengan tajuk entry nie sebenarnya suka admin nak mengulas lebih lanjut disebabkan sekarang nie memang ramai kawan admin duk mengadu bahawa sakit kepala..mungkin memang musim kot.. eh sakit kepala nie ada bermusim juga ke? Haha.. ade2 jelaa…

Okeylaa.. sebenarnya sakit kepala nie adalah perkara biasa  dan boleh menyerang sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa  tidak kira tempat dan keadaan.

Kengkawan..

Kebiasaanya untuk mengatasi atau meredakan sakit kepala ini anda selalu bergantung sepenuhnya kepada ubat penahan sakit kepala kan. Sebenarnya adalah penting kengkawan haruslah mengenalpasti terlebih dahulu punca sebenar sakit kepala tersebut dan mengetahui cara untuk menanganinya, supaya sakit tersebut dapat dikurangkan.

Sebelum bercerita panjang lebar lagi tentang sakit kepala nie, jom kita ambil tahu tentang jenis-jenis sakit kepala nie..

Sakit kepala yang tegang

  • Sakit kepala jenis ini adalah merupakan sakit kepala yang paling biasa berlaku. Kebiasaannya ia merupakan sakit kepala yang  berterusan dan sering berlaku ketika waktu pagi. Sebenarnya kengkawan sakit kepala jenis ini terhasil disebabkan oleh pengecutan berterusan otot-otot di bahagian kepala dan leher yang meenyebabkan terasa berat disekitar leher. Pesakit akan terasa seperti ada pemberat disekeliling kepala. Kebiasaannya stress dan kegelisan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini.

Migrain

Sakit kepala jenis ini adalah merupakan sakit kepala yang tenat dan berpanjangan sehingga 6-24 jam kebiasaanya. Sakit ini diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu :

  • Migrain klasik – sakit kepala yang akan menyebabkan kehilangan selera makan, mual dan muntah. Terasa seperti wujudnya aura  mencucuk –cucuk  sebelah kepala. Ianya bermula di bahagian dahi dan tepi kepala atau kedua-dua belah kepala serentak.
  • Migrain biasa – lebih kurang sama tetapi tiada kehadiran aura.

Sakit kepala berkelompok

  • Sakit jenis ini mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang tertumpu pada sebelah mata. Kebiasaanya pesakit akan mengalami  sakit kepala jenis ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala kebiasaan terjadi  adalah seperti keluar air mata , kelopak mata yang tertutup dan hidung berhingus. Jangkamasa serangan adalah biasanya agak singkat iaitu selama 30 hingga 90 minit sahaja.

Sakit kepala disebabkan oleh penyakit yang memberi kesan terhadap salur- salur darah

  • Sakit ini terjadi disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak. Contohya seperti berlakunya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.

Peningkatan tekanan pada otak

  • Tekanan di dalam cranium mungkin disebabkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan berlaku pembengkakkan pada otak.

Keradangan pada selaput otak

  • Ia akan menyebabkan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.

Punca toksid dan metabolic

  • Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah.

Untuk pengetahuan anda semua kengkawan berbagai faktor yang boleh diambilkira sekiranya berlaku sakit kepala diantaranya adalah disebabkan STRESS, ALKOHOL, UBAT-UBATAN, PENYAHHIDRATAN, PEROKOK PASIF, KAFEIN, SINUS dan sebagainya.

 

 

Bagaimanakah untuk merawat sakit kepala ini?

Okey seseorang  yang mengalami sakit kepala akan beransur pulih dari gejala-gejala sakit ini jika mereka mempraktikan gaya hidup sihat seperti :-

Makan secara sihat

Memakan makanan seimbang dan berjadual. Makan yang tidak mengikut jadual boleh menyebabkan migrain.

Hindari dari memakan makanan yang boleh menyebabkan migrain atau sakit kepala tegang (tension headache).

Kanak-kanak di negara barat melaporkan pengambilan keju, cokelat, buah-buahan citrus contohnya seperti oren, pemanis tiruan dan monosodium glutamate merupakan makanan pencetus migrain atau sakit kepala tegang (tension headache).

Pengambilan kafein dalam kopi dan minuman berkabonat juga boleh menyebabkan sakit kepala di kalangan remaja dan orang dewasa.

Merekod dan menyimpan catatan harian tentang kejadian sakit kepala boleh membantu untuk mengesan jenis makanan yang boleh mencetuskan sakit kepala.

Makanan tidak dikenalpasti sebagai pencetus sakit kepala tegang.

Kualiti Tidur Yang Baik

Penjagaan tidur yang mencukupi akan membantu mengurangkan terjadinya sakit kepala.

Ini melibatkan :-

Persiapan sebelum waktu tidur dengan mengelakkan aktiviti yang merangsangkan ketika  menjelang waktu tidur anda. Membaca buku atau suramkan bilik tidur boleh mewujudkan suasana yang menggalakkan untuk tidur.

Persiapan tempat tidur yang sesuai dengan memastikan tempat tidur sentiasa kemas, bersih dan selesa.

Senaman

Senaman adalah untuk meningkatkan kecergasan dan badan yang sihat. Senaman secara berkala dapat menghindari sakit kepala.

Senaman juga dapat mengurangkan tekanan. Mereka merasa lebih cergas dan gembira dan boleh meningkatkan prestasi kehidupan harian mereka.

~ Jom amalkan gaya hidup sihat sepanjang masa kawan.. !! Perubahan dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang terjadi…~

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *