Sindrom Cauda Equina
Salam selasa semua, artikel yang ingin tcm kongsikan dengan anda semua hari ini adalah mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai Sindrom Cauda Equina (CES). CES merupakan suatu gangguan yang jarang berlaku. Ia biasanya merupakan kesan sampingan akibat daripada pembedahan yang dijalani pesakit. Sekiranya tidak segera diatasi, CES mampu menyebabkan inkontinensia (tidak mampu menahan air kencing) ataupun kelumpuhan kaki.
CES terjadi pada sekumpulan akar saraf yang dikenali dengan nama cauda equina. Saraf-saraf ini terletak di hujung bawah saraf tulang belakang di tulang belakang lumbosacral. Fungsi saraf tersebut adalah bagi mengirim dan menerima isyarat dari otak dan ke kaki serta organ pinggul.
Gejala-Gejala CES
Penyakit CES agak sukar untuk dikenalpasti. Walaupun begitu tcm senaraikan beberapa gejala yang berpotensi disebabkan oleh CES.
- Merasa sangat sakit pada bahagian bawah punggung
- Hilang rasa pada bahagian paha dalam, belakang betis dan tapak kaki yang semakin teruk
- Masalah ketika buang air kecil seperti sukar buang air kecil atau sukar menahan kencing (inkontinensia urin)
- Masalah disfungsi ereksi yang terjadi secara tiba-tiba
- Rasa sakit, kebas atau tiada rasa pada salah satu atau kedua-dua kaki hingga menyebabkan anda sering terjatuh atau sukar untuk bangun dari duduk
Faktor Penyebab CES
Terdapat beberapa faktor yang dapat menyebabkan bagaimana perkara ini terjadi. Antaranya seperti :-
- Disk pecah di bahagian lumbar (pinggang)
- Kecederaan pada tulang lumbar seperti kemalangan lalu lintas, luka tembakan atau tikaman benda tajam
- Luka pada tulang belakang atau tumor yang berbahaya
- Jangkitan, keradangan, pendarahan atau keretakan tulang belakang
- Kecacatan kelahiran seperti sambungan tidak normal antara pembuluh darah (arteriovenous malformation)
- Saluran spinal (tulang belakang), juga disebut stenosis yang menyempit
Komplikasi Penyakit CES
Kesan jangka masa panjang yang dapat dialami pesakit adalah seperti kesukaran untuk berjalan, masalah dengan pundi kencing dan usus. Selain itu, pesakit juga berpotensi mengalami masalah disfungsi ereksi (mati pucuk) dan juga kelumpuhan.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=penyakit+caudia+equina
https://hellosehat.com/penyakit/cauda-equina-syndrome/
http://omedicine.info/id/sindrom-konskogo-khvosta-kompressiya-koreshkov-spinnomozgovykh-nervov.html