STRETCHMARK

 

st

Tahu stretchmark tak? Stretchmark itu adalah rekahan kulit yang merupakan parut kecil yang terjadi di kulit akibat dari regangan kulit. Kesan ini kebiasaan nya akan mencacatkan penampilan dan juga kelicinan  kulit kerana ia kadang kala boleh dilihat dengan jelas. Faktor yang menyebabkan stretchmark adalah kesan dari kehamilan dan juga dari akibat kegemukan.

Kesan rekahan kulit biasanya terjadi dibahagian perut, buah dada, punggung, pinggul, peha dan lengan. Walaupun ada yang berjaya menghilangkan kesan regangan kulit, tetapi cara terbaik dan termurah adalah melalui pencegahan awal.

Tips mengelakkan berlakunya stretchmark:-

1-      Jika anda merancang untuk hamil, mulakan dari sekarang dengan cara menyapu losyen dibahagian  perut, punggung, paha. Tujuannya adalah untuk member kesan keanjalan dan kelembapan. Ini juga membantu mencegah kulit daripada kering dan merekah akibat dari regangan

2-      Gunakan losyen yang mengandungi minyak kelapa dan aloe verra juga losyen yang dibuat dari bahan semula jadi dan tidak mengeringkan kulit.

3-      Waktu terbaik untuk menyapu losyen ialah setiap kali selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat , tegang dan juga awet muda.

4-      Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebab kan kulit kering. Perbanyakkan minum air masak.

5-      Banyakkan mengambil buah, air masak, yogurt, dan susu segar .

Selamat mencuba.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *