TANDA TANDA SAKIT DIBADAN

Kita biasa merasa sakit pada bahagian tertentu di badan kita. Ini adalah memberi maksud yang tertentu. Kebanyakan kita selalu salah faham mengenai perkara ini. Tanda tanda sakit yang selalu kita rasa ada hubungkait dengan fungsi badan yang lain.

Jika kita ada masalah dengan tubuh badan kita, hendak dengan segera mendapatkan rawatan dan nasihat di klinik atau hospital. Walaupun sakit itu hanya datang sekejap tapi boleh dikatakan sebagai petanda untuk diri kita ini tidak sihat sebenarnya.

Berikut adalah tanda tanda sakit dan hubungkaitnya dengan fungsi badan:-

1)         MATA ( Bertindak balas dengan keadaan hati)

  • Mata menjadi merah menandakan hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
  • Mata menjadi kabur di pagi hari. Tanda ini sebagai proses seimbangan hati.
  • Keluar  tahi  mata  bermakna fungsi hati lemah. Badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata menandakan gangguan emosi yang berkaitan dengan hati atau bebenan kerja.
  • Ketegangan mata disebabkan anda mengalami tekanan perasaan.

2)        HIDUNG (hubungan rapat dengan paru paru dan kerongkong)

  • Selsema adalah proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid yang berlebihan
  • Hidung sumbat disebabkan paru paru mengandungi toksin yang berlebihan.

3)         BATUK

  • Batuk berkahak disebabkan proses membuang toksin di bahagian kerongkong
  • Batuk tanpa kahak pula kerana paru paru mengandungi toksin yang berlebihan.
  • Batuk dan gatal tekak adalah proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru paru, biasa terjadi kepada perokok dan terdedah kepada udara yang tercemar.

4)         KERONGKONG

  • Kerongkong kering  adalah proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kite memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

5)         BIBIR (Berkaitan dengan fungsi penghadaman)

  • Bibir pucat
  1. Sistem penghadaman yang lemah
  2. Perut mengandungi angin
  3. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
  4. Bibir kering dan pecah – perut mengandungi banyak toksin

6)         MULUT DAN LIDAH (fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)

  • Lidah atau gusi bengkak menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koroner tersumbat.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi pecah pecah (ulcer) menandakan darah mengandungi asid berlebihan
  • Mulut berbau busuk adalah proses penyimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7)        TELINGA (berkaitan dengan buah pinggang)

  • Telinga terasa tersumbat adalah kerana buah pinggang mengandungi toksin berlebihan
  • Telinga berdengung menandakan sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi.

8)         KULIT BERPELUH

  • Peluh masin – badan mengandungi lebihan asid uric
  • Peluh berbau – badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan

9)         RUAM DAN BISUL

  • Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air

10)       KULIT GATAL DENGAN RUAM

  • Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak makan ubat yang mengandungi bahan kimia

11)       KULIT PECAH DAN BERAIR

  • Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.

12)       RAMBUT GUGUR

  • Menandakan  fungsi buah pinggang yang lemah. S

13)       SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

  • Sakit sendi
  1. Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda tanda penyakit gout
  2. Tidak rasa panas tanda tanda sakit lenguh (rheumatism)
  3. Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolism tidak seimbang.
  • Kebas tangan menandakan pengaliran darah tidak lancar
  • Kebas tangan kiri dan lengan adalah tanda lemah jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit dan kekal, bersedialah untuk serangan jantung mungkin berlaku.
  • Kebas kaki disebabkan pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar
  • Sakit tapak kaki menandakan buah pinggang lemah
  • Sakit tumit kaki menandakan kelemahan fungsi alat sulit
  • Rasa panas di telapak kaki kerana penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin
  • Gatal dicelah jari kaki – tanda awal penyakit kaki busuk

14)       TANDA TANDA DALAMAN

  • Pening/sakit di bahagian depan kepala (dahi) menandakan sakit tekanan jiwa akibat bebanan mental dan banyak berfikir
  • Pening/sakit di bahagian belakang kepala:-
  1. Bahagian atas – menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi
  2. Bahagian tengkuk – penyakit darah tinggi atau darah rendah
  • Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga menandakan penyakit migrain
  • Bisul terjadi di kepala menandakan pembuangan toksik sedang berlaku
  • Rasa pening yang memusing tanda kurang darah atau pengaliran tidak lancar

15)       MULUT/KERONGKONG/LIDAH

  • Loya/Muntah adalah tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut
  • Muntah darah
  1. Darah merah adalah pembuangan tisu yang dah rosak di bahagian kerongkong
  2. Darah hitam adalah pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut

16)       LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK

  • Tanda sakit jantung

17)       KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT

  • Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18)       KENCING

  • Kerap kencing  menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
  • Air kencing berkapur menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
  • Air kencing berminyak menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak
  • Air kencing pekat berwarna coklat menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
  • Air kencing berdarah adalah tanda penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19)       BUANG AIR BESAR

  • Cirit birit bermakna membersihkan kotoran/keracunan dalam usus
  • Sembelit  adalah membersihkan toksin dalam usus kecil
  • Najib berdarah
  1. Darah merah kerana masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus
  2. Darah hitam kerana masalah penyakit ulcer perut
  • Najis berwarna hitam menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20)     BADAN

  • Badan terasa
  1. Sakit menyucuk adalah proses menyimbangan urat saraf
  2. Sakit sengal menunjukkan luka dalam badan
  3. Sakit menyentap adalah proses menyimbangan urat saraf yang berkaitan organ badan
  4. Sakit menegang adalah proses melancarkan pengaliran darah
  •  Badan terasa berat/malas/lenguh kerana badan mengandungi asid yang berlebihan
  • Badan terasa panas apabila badan mengandungi asid yg berlebihan. Ini menunjukkan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin
  • Badan terasa ringan menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku

21)       TERASA TAKUT DENGAN TIBA TIBA TANPA SEBAB

  • Menandakan lemah fungsi buah pinggang , tenaga batin lemah

22)      CEPAT NAIK DARAH/MARAH

  • Fungsi hati lemah, tekanan darah tinggi

23)      RASA BIMBANG DAN TAKUT

  • Sistem paru paru yang lemah

24)      RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB

  • Sistem jantung yang lemah
  • Sistem saraf otak yang lemah
  • Masalah pengaliran darah

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

Sihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *