Tips Kecantikan : 8 Tips Atasi Tumit Kaki Merekah

oie_YV1XDN4ajNkH

Ramai diantara kita yang mengalami masalah tumit kaki pecah atau merekah akan tetapi tidak mempedulikannya. Tumit kaki pecah terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah kerana aliran udara kering, diet yang kurang sihat, berdiri terlalu lama di lantai yang keras, memakai kasut yang tidak sesuai dan banyak lagi sebab lain.

Selain itu, faktor kesihatan turut dapat menjadi penyumbang. Tumit kaki pecah atau merekah sering dialami pesakit diabetes, ekzema, psoriasis, calluses dan penyakit tiroid.

 

8 Tips Atasi Tumit Kaki Merekah

1. Pisang

Ha, pisang bukan sahaja sedap dimakan, namun pisang turut dapat membantu mengatasi masalah ini. Pisang yang telah matang adalah perubatan tradisional yang telah dikenali lama. Salah satu khasiat pisang matang ini adalah menyembuhkan tumit kering dan sekaligus menjadi pelembap sehingga dapat mencegah tumit dari kembali pecah.

 

2. Bawang Merah / Bawang Putih

Ini bukan tajuk drama Indonesia ye, akan tetapi salah satu tips bagi mengatasi masalah tumit merekah. Bawang putih dan bawang merah ternyata mengandungi bahan antibakteria yang juga dapat membantu memperbaiki sel-sel kulit. Caranya :-

  • Potong bawang putih / bawang merah kepada dua bahagian
  • Sapukan tumit kaki anda yang bermasalah dengan bawang tersebut sehingga jusnya kering
  • Lakukan setiap hari sehingga sembuh dan anda berpuas hati dengan hasilnya

 

3. Lemon

Kandungan asid yang terdapat di dalam buah lemon ternyata sangat berkesan untuk melembutkan kulit-kulit yang kasar dan secara tak langsung mengatasi masalah tumit kaki pecah. Anda dapat merendamkan kaki anda ke dalam campuran air suam dan jus lemon selama 10 hingga 12 minit. Elakkan dari menggunakan air yang terlalu panas kerana dapat membuat kulit kaki semakin mengering.

 

4. Tepung Beras dan Madu

Seperti yang kita semua tahu, madu memiliki pelbagai manfaat. Di dalam mengubati masalah tumit kaki merekah, ternyata madu turut tidak mengecewakan kita. Madu dapat berfungsi sebagai pelembap pada tumit kaki. Tekstur kasar dari tepung beras pula dapat membantu menghapus rekahan dan kulit kering. Caranya :-

  • Gaulkan kedua-dua bahan (madu dan tepung beras) sehingga menjadi pes
  • Scrubkan pada tumit anda dengan kerap
  • Selain itu, ia juga dapat dijadikan sebagai air rendaman kaki anda

 

5.Minyak Sayur

Minyak sayur merupakan salah satu bahan yang sangat berkesan di dalam menghilangkan kesan rekahan pada tumit kaki anda. Terdapat pelbagai jenis minyak sayur yang dapat anda gunakan. Antaranya ialah seperti minyak zaitun, kelapa dan bijan. Untuk hasil yang terbaik, amalkan tips ini sebelum anda tidur. Ini bertujuan supaya minyak mendapat masa yang cukup untuk menembusi kulit tumit anda yang bermasalah. Caranya :-

  • Bersihkan dulu tumit anda menggunakan air sabun dan batu apung (pumice stone)
  • Sapukan minyak sayur ke bahagian tumit yang bermasalah

 

6. Losyen / Pelembap

Anda disarankan untuk memilih losyen yang berasaskan bahan organik, tidak terlalu wangi atau kuat bahan kimianya. Selain losyen, anda juga boleh menggunakan pelembap seperti Vaseline.

 

7. Gosok Menggunakan Batu Apung (Pumice Stone)

Rendam kaki anda di dalam air suam yang bercampur cuka selama beberapa minit. Seperti garam, sedikit cuka berkesan menghilangkan bau serta mencegah jangkitan. Setelah itu, gosok tumit anda dengan menggunakan batu apung agar kulit mati tertanggal dengan lembut. Untuk yang tidak tahu, pumice stone ini merupakan batu yang terbentuk hasil daripada lava gunung berapi yang mengeras.

Sejak dahulu lagi, batu apung atau pumice stone ini digunakan sebagai alat pembersih tubuh. Nak beli di mana? Batu apung dengan mudah dapat dibeli di farmasi berdekatan anda.

 

8. Asam Keping / Asam Jawa

Caranya :-

  • Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen mandian yang berisi air suam
  • Rendamkan kaki pecah tersebut selama beberapa minit
  • Anda juga boleh melumurkan kaki dengan asam jawa dan rendamkan kaki ke dalam air suam untuk membilasnya

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=tips+tapak+kaki+merekah

https://siraplimau.com/cara-atasi-tumit-kaki-pecah-kering-merekah/

http://www.jelita.com.my/kecantikan/5-cara-mudah-untuk-mengatasi-tumit-kaki-merekah/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *