Tips Kecantikan : 8 Tips Kuruskan Pipi

oie_2zhzEVMa3X8Q

Pipi tembam merupakan salah satu kesan daripada berat badan yang berlebihan. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai badan yang kurus akan tetapi mempunyai pipi yang bulat atau tembam? Mempunyai pipi yang bulat atau tembam dapat menjadikan seseorang itu kelihatan comel atau pun kurang menarik. Bagi anda yang menginginkan pipi yang kurus dan dagu yang runcing, jom tcm nak kongsikan 8 rahsia.

 

8 Tips Kuruskan Pipi

1. Senaman Bibir

  1. Cuba muncungkan bibir anda seolah-olah hendak bercium
  2. Kemudian, tanpa menggerakkan muka anda, cuba untuk buat gerakan cium ke kanan dan juga ke kiri
  3. Lakukan gerakan ini sebanyak 20 kali
  4. Lakukan sebanyak 4 hingga 5 set sehari

 

2. Kembungkan Pipi

  1. Tutup mulut anda
  2. Kembungkan kedua-dua pipi anda
  3. Tahan selama 5 saat
  4. Lakukan pula pada pipi sebelah kanan dalam kiraan yang sama
  5. Kemudian, lakukan pula pada pipi sebelah kiri dalam kiraan yang sama
  6. Ulang langkah ini selama beberapa kali

 

3. Teknik Sedutan

  1. Cuba sedut dan tarik pipi anda sehingga rapat dengan gigi
  2. Tahan selama lebih kurang 5 saat dan lepas
  3. Ulang gerakan ini sebanyak 20 kali
  4. Lakukan sebanyak 4 hingga ke 5 set

 

4. Latihan A E I O U

  1. Lakukan latihan ini dengan menyebut perkataan A, E, I, O dan U
  2. Lakukan pada setiap pagi dan malam sebanyak 40 kali
  3. Lakukan secara rutin sehingga nampak hasilnya

 

5. Senaman O

  1. Buka mulut anda seluas mungkin
  2. Gerakkan bibir ke depan dengan membentuk O (seperti hendak bersiul)
  3. Kembali pada keadaan asal semula
  4. Ulang gerakan ini sebanyak 40 kali
  5. Lakukan sebanyak 4 hingga 5 set

 

6. Senaman Korea

  1. Sebut Ma Me Mi Mo Mu
  2. Ulang sebutan tersebut sebanyak 10 kali
  3. Teknik ini dapat menguatkan otot muka dan juga bibir

 

7. Latihan Pipi

  1. Mula dengan meletakkan tiga atau empat jari pada bahagian pipi dan tekan
  2. Pada masa yang sama, cuba untuk senyum sebesar mungkin
  3. Lakukan sebanyak 10 hingga 25 ulangan setiap set
  4. Buat 4 hingga 5 set sehari
  5. Pada latihan ini, jari tangan dijadikan sebagai beban

 

8. Senaman X O

  1. Sebut huruf X dan O sehingga anda membentuk satu gerakan membuka dan menutup mulut
  2. Lakukan secara berulang kali
  3. Jadikan sebagai rutin
  4. Senaman ini merupakan salah satu senaman muka yang sering dilakukan

 

Ha, macam mana, banyak tak tips-tips yang tcm kongsikan. Selain daripada tips di atas, terdapat banyak lagi tips-tips yang dapat anda semua lakukan di dalam mendapatkan bentuk pipi idaman anda. Bagi anda yang malas sangat nak lakukan tips-tips seperti di atas, boleh juga mencuba kaedah chewing gum. Yup, beli sahaja chewing gum dan kunyah. Selamat mencuba. 😉

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=tips+kuruskan+pipi

http://www.diarikurus.com/jom-kecilkan-pipi-tembam-dagu-berlapis/

https://gegar.my/viral/trending/kuruskan-pipi-korang

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *