Tips Kecantikan : 8 Tips Merahkan Bibir
Memiliki bibir merah bak delima merupakan idaman setiap wanita. Menurut kajian yang dijalankan, wanita yang memiliki bibir merah akan lebih percaya diri berbanding mereka yang memiliki bibir hitam. Berita gembira buat anda yang menginginkan bibir merah. Ini kerana terdapat tips-tips atau petua yang dapat anda ikuti bagi mendapatkan bibir idaman anda.
Nak tahu tips-tips merahkan bibir anda? Jom teruskan bacaan anda di bawah. Sebelum itu, tahu kah anda, bibir merupakan bahagian kulit yang unik. Ini kerana, ia tidak dilengkapi dengan kelenjar minyak dan peluh bagi menjaga kelembapannya. Bibir juga memiliki lapisan yang nipis sehingga menampakkan pembuluh darah. Kehadiran pembuluh darah yang kelihatan inilah yang membuatkan bibir berwarna merah.
8 Tips Merahkan Bibir
1. Elakkan Daripada Menjilat Bibir
Tcm pasti, mesti ramai yang pernah menjilat bibir dengan tujuan supaya bibir kelihatan lembap dan merah kan? Mulai sekarang, cuba untuk menghentikan tabiat tersebut. Perbuatan menjilat bibir memang akan membuatkannya kelihatan segar untuk seketika. Akan tetapi, setelah beberapa minit, bibir akan menjadi kering dan kelihatan kusam.
Apabila keadaan ini berlangsung, ia dapat membuatkan bibir anda menjadi hitam.
2. Gosok Bibir Dengan Madu Dan Gula
Dengan membuang sel kulit mati yang ada di permukaan bibir, bibir akan menjadi lebih merah. Apabila sel kulit mati berjaya dibuang, epidermis akan lebih teransang di dalam membentuk kolagen baru.
Cara menggunakan madu dan gula :
- Campurkan gula pasir dan madu secukupnya
- Selepas mandi, gosokan secara perlahan campuran tersebut ke bahagian permukaan bibir
- Gosok selama 10-15 saat
- Selepas itu biarkan ia mengering
- Gunakan juga lip balm bagi mendapatkan hasil yang optimum
3. Hiris Timun Dan Letak Pada Bibir
Timun tidak hanya dapat digunakan pada bahagian mata sahaja. Timun juga dapat memerahkan bibir secara semula jadi kerana khasiatnya yang tinggi.
Cara menggunakan timun :
- Hiris timun nipis-nipis dan letakkannya pada bahagian bibir anda
- Biarkan selama beberapa minit
- Bilas dengan air
4. Gosok Bibir Dengan Jeruk Nipis
Jeruk nipis mengandungi vitamin C yang tinggi dan secara tak langsung dapat mengangkat sel-sel kulit mati berlebihan yang terdapat pada bibir. Disarankan anda untuk melakukan cara ini secara rutin bagi mendapatkan bibir yang merah dan cantik.
Cara menggunakan jeruk nipis :
- Sediakan 2-3 sudu makan perahan jeruk nipis
- Campurkan sedikit gula dan sapukan ke seluruh bibir
- Gosok selama lebih kurang 15 saat
- Supaya ia dapat meresap ke dalam bibir, biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air suam
- Bagi mendapatkan hasil yang optimum, lakukan secara rutin sebanyak 2 kali sehari
5. Kisar Buah Bit Dan Letak Pada Bibir
Buah bit boleh dikatakan agak sukar untuk ditemui. Akan tetapi, buah ini sebenarnya merupakan buah yang kaya dengn kandungan vitamin dan berwarna merah. Vitamin dan warna inilah yang dapat buatkan bibir anda berwarna merah dan lembap.
Cara menggunakan buah bit :
- Kisar buah bit sehingga halus
- Letakkan kisaran buah bit tersebut di bibir anda dan biarkan selama 25 minit
- Bilas dengan air bersih
- Disarankan untuk anda lakukan pada setiap hari sehingga bibir menjadi kemerahan
6. Ubat Gigi
Selain memutihkan gigi, ubat gigi ternyata memiliki fungsi yang lain juga. Antaranya seperti memerahkan bibir anda. Ubat gigi mengandungi magnesium, selenium, kalsium, kalium dan lain-lain yang sangat baik di dalam mempercepatkan proses regenerasi sel kulit baru. Nak tahu caranya, jom tengok dibawah.
Cara menggunakan ubat gigi :
- Setiap kali lepas mandi, sapukan ubat gigi (non gel) keseluruh bahagian bibir
- Biarkan selama lebih kurang 30-60 minit dan kemudian bilas dengan air suam
- Bagi mendapatkan hasil optimum, anda juga boleh memakai pada waktu malam sebelum tidur, dan kemudian basuh pada pagi harinya
7. Sapukan Mentega
Mentega kaya dengan kandungan minyak yang dapat melembapkan bibir. Menurut kajian yang dijalankan, sapu mentega secara rutin pada bibir dapat membantu mencerahkan bibir pada kadar 70% lebih cepat.
Cara menggunakan mentega :
- Bersihkan bibir anda
- Urut bibir anda dengan mentega selama kira-kira 15 saat dan seterusnya biarkan semalaman
- Lakukan secara berterusan selama sebulan dan lihat hasilnya
8. Gosok Kunyit Dan Madu
Kunyit sering digunakan bagi memutihkan kulit wajah. Ini kerana, kandungan curcuminoidnya yang tinggi mampu meningkatkan jumlah kolagen pada permukaan bibir. Untuk hasil yang lebih optimum, anda boleh menambahkan kunyit dan madu.
Cara menggunakan kunyit dan madu :
- Campurkan serbuk kunyit dan madu secukupnya hingga menjadi seperti adunan pasta
- Sapukan adunan tersebut secara rata di seluruh bahagian bibir
- Tips ini elok diamalkan setelah mandi dan sebelum bangun tidur
Tips-tips di atas bukan hanya bertujuan mendapatkan kecantikan bibir semata-mata. Akan tetapi, dengan memiliki bibir yang sihat, anda secara tak langsung dapat mencegah masalah-masalah bibir seperti bibir kering, kasar dan pecah-pecah. Selain daripada tips-tips di atas, anda juga disarankan untuk menjaga kesihatan dan cuba untuk elakkan dari sering stress.
Ini kerana, kecantikan dan kesihatan dalaman juga dapat membantu anda mendapatkan kecantikan luaran. Akhir sekali, tcm harap anda dapat jaga kesihatan dan selamat mencuba. 🙂
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=tips+merahkan+bibir
http://www.cantikitu.com/2016/05/cara-memerahkan-bibir-secara-alami.html
https://siraplimau.com/tips-memerahkan-bibir-secara-semulajadi/