Tips Kesihatan : 5 Cara Putihkan Siku dan Lutut
Apa khabar semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua bagaimana kita dapat putihkan siku dan lutut. Ha, bukan muka sahaja ye perlukan penjagaan. Selain muka, kita sering lupa bahawa anggota badan kita yang lain juga penting untuk dijaga. Antaranya adalah seperti siku dan lutut. Siku dan lutut merupakan bahagian sendi kita yang memainkan peranan yang penting.
Setiap pergerakan kita memerlukan siku dan lutut untuk bekerja. Boleh dikatakan, setiap hari siku dan lutut kita sentiasa bekerja. Terdapat tips sebenarnya bagaimana dapat kita putihkan siku dan lutut yang hitam.
5 Tips Putihkan Siku dan Lutut
1. Sunblock
Cara pertama adalah dengan menggunakan sunblock. Kita disarankan untuk menggunakan sunblock terutama sekali ketika kita melakukan aktiviti di luar atau ketika kita terdedah pada cahaya matahari secara langsung.
2. Masker Lemon dan Yogurt
Kandungan nutrisi yang terdapat di dalam buah lemon dan yogurt sangat baik sekali untuk mencerahkan kulit siku dan lutut. Caranya adalah seperti sediakan 2 sudu besar air perahan lemon dan 5 sudu besar yogurt. Campurkan kedua-dua bahan tersebut sehingga rata. Setelah itu, sapukan bahan tersebut secara rata pada siku dan lutut. Akhir sekali, biarkan ia kering dan kemudian segera cuci dengan air yang bersih.
3. Masker Gula dan Serbuk Penaik (Baking Soda)
Tahukah anda, gabungan dua bahan iaitu gula dan serbuk penaik dapat membuang sel-sel kulit yang mati. Caranya adalah seperti, sediakan gula dan serbuk penaik dalam nisbah 1:1. Seterusnya campurkan kedua bahan tersebut sehingga rata. Setelah itu, sapukan bahan tersebut secara rata pada siku dan lutut. Akhir sekali, biarkan ia kering dan kemudian segera cuci dengan air yang bersih.
4. Kunyit
Haluskan beberapa umbi kunyit sehingga halus. Kemudian, sapukan pada sik dan lutut serta urut dengan perlahan-lahan. Tunggu beberapa minit atau sehingga ia kering. Setelah itu, segera cuci dengan air yang bersih.
5. Minyak Kelapa
Minyak kelapa sangat terkenal di dalam dunia kecantikan. Ini adalah kerana salah satu manfaat atau kebaikan yang dapat diperolehi daripada minyak kelapa ialah ia dapat mencerahkan kulit siku dan lutut. Caranya adalah dengan menyapukan minyak kelapa pada siku dan lutut serta dibiarkan sehingga kering.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=tips+putihkan-siku+dan+lutut
http://www.kulitcantik.com/cara-ampuh-memutihkan-lutut-dan-sikut-yang-hitam-dalam-seminggu/