Tips Kesihatan : 5 Kebaikan Ginseng

oie_zah08vtxayjl

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca artikel-artikel yang dikongsikan oleh tcm. Pada hari ini, tcm nak kongsikan pula mengenai kebaikan yang dapat kita semua perolehi daripada sejenis tanaman herba yang dikenali sebagai ginseng. Sebelum tu, jom kita berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan tanaman herba yang sangat berkhasiat ni.

Ginseng sebenarnya telah lama digunakan di dalam perubatan China sejak ribuan tahun dulu lagi. Tidak ketinggalan di dalam perkara ini, negara-negara barat juga turut mengamalkan penggunaan ginseng di dalam perubatan mereka.

 

Kebaikan-Kebaikan Ginseng

1. Baik Untuk Pencernaan

Ginseng ternyata dapat membantu proses pencernaan kita untuk menjadi lebih lancar. Selain dapat meningkatkan selera makan seseorang itu, ginseng juga merupakan ubat yang tepat buat mereka yang mengalami diarrhea.

2. Penawar Buat Stress

Bagi mereka yang sering tertekan dengan pelbagai masalah dan cabaran. Tahu tak anda, ginseng mampu mengurangkan stress fizikal atau mental yang dialami oleh seseorang itu. Selain itu, ia juga dapat memulihkan stamina anda.

3. Mengubati Pelbagai Jenis Penyakit

Ginseng dapat digunakan bagi mengubati pelbagai jenis penyakit. Antaranya adalah seperti serangan jantung, masalah kemandulan dan masalah menopause.

4. Sahabat Baik Paru-Paru

Ginseng mampu untuk memperbaiki fungsi paru-paru anda. Di samping itu, ia juga mampu mengurangkan kesan-kesan bahaya daripada penyakit paru-paru obstruktif yang kronik.

5. Meningkatkan Keberkesanan Vaksin

Penderita bronkitis akut ternyata dapat meningkatkan keberkesanan antibiotik pada diri mereka dengan pengambilan ginseng. Selain itu, pengambilan ginseng sejurus sebelum mengambil vaksin influenze juga akan turut meningkatkan keberkesanan vaksin tersebut.

 

Berikut di atas hanya sebilangan kecil sahaja yang dapat tcm senaraikan antara kebaikan yang dapat kita semua perolehi daripada ginseng. Jadi, tak hairanlah kan, ginseng sangat bernilai di dalam semua jenis perubatan. Selain daripada itu, disebabkan oleh manfaatnya yang banyak, ginseng juga turut digunakan di dalam menghasilkan produk kecantikan.

Banyak kan kebaikan yang dapat kita perolehi daripada ginseng ni. Akan tetapi! Amat penting sekali untuk kita semua berikan perhatian terhadap perkara penting seperti dibawah.

 

Info Penting : Ginseng tidak boleh dimakan oleh mereka yang mengalami rheumatoid arthritis atau bronkitis kerana ia dapat membuatkan keadaan sakit yang dialami mereka menjadi semakin buruk. Oleh itu, anda sangat disarankan untuk mendapatkan pandangan daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkan sebarang petua ataupun produk kesihatan atau kecantikan.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.amazine.co/2270/tips-herbal-22-khasiat-dan-manfaat-ginseng-untuk-kesehatan/

https://anizyn.blogspot.my/2013/07/kebaikan-ginseng-manfaat-ginseng.html

http://www.tanamanobat.net/kenali-3-jenis-ginseng-dan-temukan-manfaatnya/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *